Tuesday, January 20, 2009

Tahniah : Yayasan Amal Malaysia

Semoga halangan yang dihadapi akan dipermudahkan oleh Allah SWT, demi menunaikan amanah. Seeru 'ala barokatillah.


Gaza: 72 jam tanpa mandi,tidur - 6 jam di sempadan
Mohd Khalil Abdullah Wed Jan 21, 09
1:57:54 am MYT

RAFAH,21 Jan (Hrkh) - Hari ini akan menjadi cubaan kedua misi kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia untuk menembusi pintu sempadan 'Rafah Crossing'.

Malam tadi lebih 6 jam anggota rombongan Yayasan Amal Malaysia menunggu giliran untuk mendapatkan pelepasan ke Palestin,tetapi agak hampa apabila di saat-saat akhir pihak berkuasa Mesir tidak membenarkan.
Namun, dengan semangat yang tinggi anggota Yayasan Amal yang diketuai Presidennya,Husin Ismail (Cikgu Husin) masih terus mencuba dengan melakarkan pelbagai strategi demi untuk menunaikan amanah rakyat Malaysia yang telah menghulurkan pelbagai sumbangan untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa Israel.

Dekat tetapi jauh,demikian ungkapan tepat kepada anggota misi ini apabila berada beberapa meter daripada pintu pagar sempadan namun karenah pihak berkuasa Mesir telah menyebabkan cubaan misi ini ke seberang gagal dilaksanakan malam tadi.

Walaupun telah menyediakan pelbagai surat dan dokumen sokongan termasuk daripada Kedutaan Malaysia dan Persatuan Perubatan Arab namun pihak berkuasa masih bertegas untuk tidak melepaskan anggota Yayasan Amal menyeberangi sempadan.

Sungguhpun pelbagai dugaan dihadapi seperti sekatan-sekatan di beberapa 'check point',tidur yang tidak mencukupi dan tidak mandi lebih 72 jam,namun semua masih bersemangat tinggi dan akan cuba untuk menyeberangi sempadan esok.

Untuk cubaan ketiga esok, Yayasan Amal telah meminta jasa baik Wisma Putra di Kuala Lumpur dan Kedutaan Malaysia di Mesir untuk membantu dengan memberikan beberapa dokumen bagi membolehkan Yayasan Amal menunaikan amanah yang diberikan rakyat Malaysia.

Untuk makluman, rombongan yang akan menyeberang ke sempadan ini akan turut diiringi dengan bantuan perubatan yang bernilai lebih RM50,000.00.
Presidennya,Husin Ismail semasa diajukan pertanyaan bila boleh menyeberang,katanya,"harap semua berdoa,doakan kami dapat menyeberang esok...jika tidak dapat ke Gaza paling kurang di Rafah Palestin dan bantuan yang diamanahkan oleh pelbagai pihak dapat disampaikan."

Untuk makluman, Rafah dibahagikan kepada dua kawasan,satu dikuasai oleh Mesir dan satu lagi milik Palestin.

Dan malam tadi, anggota Yayasan Amal hanya dapat berada di pintu sempadan iaitu di Rafah Mesir. - mks. _

No comments: