Wednesday, January 28, 2009

Heret Regim Yahudi ke Mahkamah Antarabangsa

Kenyataan Media Bersama

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS),
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMAI’Y)
Center for International Muslim Minority Affairs (CIMMA)
27hb Januari 2009

USAHA MENGHERET DAN MENGHUKUM ISRAEL DI MAHKAMAH ANTARABANGSA MESTI DILANCARKAN.

Sempena keberangkatan rombongan 5 wakil NGO Islam ke Gaza pada 27hb Januari 2009 dari KLIA jam 10.15 malam , kami mengeluarkan kenyataan ini. Rombongan adalah dari TERAS , SHURA , Jamai’y , CIMMA , JIM .

Misi kami ialah untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan serta meninjau sendiri proses pembangunan semula Gaza. Misi ini juga adalah untuk membina perhubungan dengan NGO di Gaza dalam rangka merencana kerjasama jangka panjang untuk membantu perjuangan membangun rakyat Palestin .
Kami akan cuba melihat kemungkinan untuk melaksanakan program penempatan semula mangsa Palestin terutama dikalangan anak-anak yatim untuk di bawa ke Malaysia. Kami akan menyiapkan sebuah kertas cadangan sesegera mungkin agar kerajaan Malaysia membenarkan projek khas ini dilakukan seperti yang pernah dilakukan kepada rakyat Bosnia dahulu.

Kami juga menegaskan sudah sampai masanya Israel mesti diheret ke mahkamah antarabangsa untuk didakwa atas tindakannya melakukan jenayah perang ke atas Gaza.

ISRAEL secara paling biadap maseh menafikan bahawa senjata yang diguna dalam serangan 21 hari ke atas Gaza adalah mengikut undang-undang antarabangsa.

Ini sangat bercanggah dengan dakwa kumpulan Hak Asasi Manusia iaitu Amnesty International bahawa Israel secara terang-terangan telah menguna munisi fosforus putih keatas kawasan yang padat dengan penduduk di Gaza secara rambang dan melanggar undang-undang. Ini adalah asas yang kuat untuk mendakwa Isreal telah melakukan jenayah perang.

Sesungguhnya skala pemusnahan akibat serangan Israel ke atas wilayah rakyat Gaza adalah sangat ketara.

Hal yang sama telah dinyatakan oleh pihak PBB sendiri.

Donatella Rovera, penyelidek Amnesty, berkata “Such extensive use of this weapon in Gaza’s densely populated residential neighbourhoods is inherently indiscriminate.”

Katanya lagi “Its repeated use in this manner, despite evidence of its indiscriminate effects and its toll on civilians, is a war crime,” .

Demikian juga laporan berasas kajian dilapangan oleh seorang lagi pengkaji pakar senjata Amnesty dari British yang meninjau Gaza bersama 4 orang pasukan pengkaji , sejak genjata senjata diisytiharkan pada hari Ahad 20hb Januari 2009. Kata beliau bukti yang ditemui sangat ketara mengenai penggunaan senjata tersebut secara rambang.

“We saw streets and alleyways littered with evidence of the use of white phosphorus, including still-burning wedges and the remnants of the shells and canisters fired by the Israeli army,” kata beliau dalam sebuah kenyataan .

“White phosphorus is a weapon intended to provide a smokescreen for troop movements on the battlefield. It is highly incendiary, air burst and its spread effect is such that it should never be used on civilian areas.”

Bila fosforus putih terkena kulit ia membakar melalui otot sehingga ke tulang dan terus membakar sehinggalah kehabisan oksigen.

Menurut Amnesty tempat yang paling teruk terkesan akibat senjata ini ialah kawasan UNWRA ( UN Relief and Works Agency ) di Gaza yang dibom oleh Israel pada Januari 15hb.

Pada hari yang sama fosforus putih digugurkan ke atas Hospital al-Quds di Gaza City, yang menyebabkan kebakaran dan memaksa seluruh kakitangan dan pesakit dikeluarkan dari kawasan tersebut untuk menyelamatkan nyawa .

Ketika itu , PBB menuduh Israel mengguna fosforus putih , akan tetapi tentera Israel tidak mahu komen.

Israel sepatutnya mempunyai potensi untuk didakwa di mahkamah antarabangsa terhadap keganasan yang dilakukannya ke atas Gaza sejak 27 hb Disember 2008 serangan bermula .

TERAS dan SHURA dengan itu mendesak supaya semua pencipta keadilan dan keamanan melancarkan kempen diperingkat antarabangsa agar dapat mendakwa Israel di atas kesalahannya serta kezalimannya dimahkamah antarabangsa.

Tindakan ganas serangan Israel secara rambang ke atas populasi Gaza sangat ketara melanggar hampir keseluruhan undang-undang antarabangsa . Ia termasuk prinsip keseimbangan (proportionality) dan pengasingan ( antara anggota tentera dan rakyat awam) ketika melancarkan perang.

Serangan militari Israel seperti ke atas sekolah , masjid , hospital , setor bekalan makanan dan ubatan PBB serta kemudahan awam adalah perlanggaran undang-undang antarabangsa dan Israel mesti bertanggungjawab .

Ia juga termasuk jenayah yang sangat serius dibawah undang-undang antarabangsa ( cth jenayah perang dan berikutan dengan itu jenayah ke atas kemanusiaan ) yang mana , berkaitan dengan itu , individu-individu yang terlibat mesti dibicara di mahkamah.

Masyarakat antarabangsa bersepakat dengan prinsip kebertanggungjawaban individu (individual responsibility) terhadap jenayah perang pada Perang Dunia kedua : genoside , jenayah ke atas kemanusiaan dan jenayah perang . Rasional Tribunal Nuremberg pada 1945 adalah jelas : tanpa pembicaraan , keadilan dan keamanan tidak akan tercapai.

Idea kebertanggungjawaban individu pernah dilakukan dalam tribunal-tribunal ad-hoc untuk Rwanda dan bekas Yugoslavia. International Criminal Court (ICC) di The Hague, Belanda kini sudah pun memulakan proses pembicaraan ke atas ketua tentera di Congo yang didakwa atas penggunaan kanak-kanak dalam peperangan.

TERAS dan SHURA berpendirian bahawa bahasa kecamaan semata-mata yang kerap dilaungkan oleh pelbagai pihak tidak akan memadai untuk menangani keganasan Israel yang terbaru ini.

Sudah sampai masanya anggota tentera secara individu dibicarakan ; komanden tentera Israel dan pegawai diperingkat tinggi dan yang lebih penting Perdana Menteri Ehud Olmert , Menteri Luar Tzipi Livni , dan Menteri Pertahanan Ehud Barack . Seterusnya Menteri-menteri Kabinet juga perlu dibicarakan atas keputuan yang diambil untuk membawa keadilan kepada mereka yang terbunuh termasuk ribuan rakyat awam dan kanak-kanak yang juga terbunuh dalam serangan ke atas Gaza.

Soalnya rakyat Palestin yang maseh dianggap tidak bernegara tidak mempunyai hak untuk menfail kes seperti yang dapat dilakukan di mahkamah ICC ( International Criminal Court) di The Hague dalam kes Bosnia dan Herzegovina di peristiwa pembunuhan di Srebrenica. Rakyat Palestin tidak punya Negara untuk menandatangani Rome Statute yang membolehkan kes di bawa untuk dibicara di ICC.

Untuk mendakwa mereka dalam sistem undang-undang jenayah Israel terlalu tipis . Ia tergantung kepada Pendakwa Awam. Sejak pencerobohan ke atas Gaza dan Genting Barat pada 1967 , segala perlanggaran hak asasi manusia dan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin sehingga kini tidak disiasat ( jika adapun , siasatannya sangat tidak kukuh) , apatah lagi untuk memulakan proses pendakwaan. Diskriminasi terhadap rakyat Palestin dalam sistem undang-undang jenayah di Israel sangat ketara.

Bermakna saluran yang ada hanya untuk menuntut keadilan di Negara lain berasaskan bidangkuasa universal. Walaupun kes-kes jenayah oleh Israel pernah dibawa dimahkamah Belgium, Netherlands, New Zealand, Spain, Switzerland, dan the United Kingdom, namun inisiatif ini maseh belum sampai keperingkat membicarakan mereka yang melakukan jenayah ( kes di Sepanyol masih tertangguh)

Disebabkan pelbagai hambatan politik, legal and praktikal yang berkaitan dengan pendakwaan yang hendak dibawa ke Negara lain , nampaknya tiada ruang kepada sebahagian besar rakyat Palestin untuk mendapat keadilan padahal dalam kes terbaru di Gaza , mereka telah kehilangan ahli keluarga , ribuan yang cedera , menjadi pelarian dan melihat rumah kediaman mereka dimusnahkan dalam serangan ganas Israel.

Ini bermakna ia adalah jenayah internasional dan tidak boleh hanya menjadi urusan domestik : Rakyat Palestin dari Gaza hanya dapat bergantung kepada masyarakat antarabangsa untuk menyediakan saluran untuk membawa mereka yang terlibat dimahkamah .

Masyarakat antarabangsa - melalui PBB - boleh menuntut akauntabiliti terhadap apa yang berlaku di Gaza semada merujuk kepada ICC ( sepertimana yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan dalam kes Darfur ) atau mengambil insiatif menubuhkan tribunal ad-hoc dengan mandat untuk mendakwa jenayah perang yang serius yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa Israel ke atas rakyat Gaza dalam beberapa minggu yang lalu - termasuk sekatan ekonomi dan sempadan yang telah yang dilakukan sejak 18 bulan sebelumnya .

Pembicaraan di mahkamah yang teratur akan membolehkan mangsa-mangsa dari kedua-dua pihak memberi keterangan dan membentangkan bukti-bukti dihadapan hakim-hakim yang bebas. Bermakna kedudukan rakyat Palestin yang dianggap tidak bernegara dapat diatasi dan mereka mendapat hak yang sama dari sudut keadilan . Testimoni dari ribuan rakyat Palestin akan akhirnya dapat didengari , iaitu mereka yang telah menderita dan dinafikan hak asasi yang sangat ketara sejak pencerobohan Isreal lebih dari 40 tahun yang lalu.

Pembicaraan ini nanti akan menghentikan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dari pelbagi . dengan cara ini dapat dihantar mesej yang jelas bahawa kini semua individu mesti bertanggungjawab terhadap setiap tindakakannya . Pembicaraan itu juga dapat menghalang keganasan yang dilakukan ke atas Gaza atau mana-mana kawasan dan dapat memulakan proses pendamaian .

Meletakkan mereka yang bertanggungjawab ke atas keganasan yang dilakukan ke atas Gaza tidak membebankan sedikitpun kepada masyarakat antarabangsa . Akan tetapi dengan membiarkan mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan rambang rakyat Palaestin di Gaza akan menyebabkan bahawa ahli politik dan anggota tentera boleh melakukankan sesuka hati mereka tanpa terikat dengan undang-undang dan mereka boleh terlepas dari apa sahaja tindakan jenayah perang.

Dengan ini kami menyatakan menyokong perjuangan pembebasan Palestin di Gaza serta menuntut perkara berikut dilaksanakan:


1.Mengenakan tindakan paling tegas ke atas Israel seperti memutuskan semua perhubungan dan mengharam pemnjualan atau pembekalan sebarang senjata kepada Israel.


2.Mengambil tidakan undang-undang ke atas mana-mana Negara dan syarikat yang menjual senjata kepada Israel.


3.Mendesak semua Negara OIC , EU , NAM dan Komenwel supaya memutuskan semua perhubungan ekonomi, politik dan budaya dengan Israel dan membatalkan semua perjanjian dengan Israel.


4.Menganjurkan Persidangan antarabangsa untuk menghakimi jenayah perang ke atas kemanusiaan yang dilakukan ke atas Gaza , termasuk juga jenayah ekonomi dan alam sekitar dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah untuk dibicara tindakan jenayah perang yang dilakukan termasuk yang dilakukan di Lebabon pada 2006.


5.Menegaskan kembali Resolusi PBB 3379 yang mengkelasifikasi Zionism sebagai rasis dan memecat keanggotaan Israel dari PBB;


6.Melancarkan kempen antarabangsa untuk membangunkan Gaza , menamatkan sekatan ke atas Gaza dan membebaskan semua tahanan politik dikalangan rkayat Palestin di Israel.


7.ISRAEL secara paling biadap maseh menafikan bahawa senjata yang diguna dalam serangan 21 hari ke atas Gaza adalah mengikut undang-undang antarabangsa.


8.Melancarkan kempen antarabangsa untuk membangunkan Gaza , menamatkan sekatan ke atas Gaza dan membebaskan semua tahanan politik dikalangan rkayat Palestin di Israel.


Ust Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA


Mohd azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
Kordinator CIMMA


Zulkifly Ibrahim
Setiausha JAMAI’Y

No comments: