Showing posts with label Misi Kemanusiaan Gaza. Show all posts
Showing posts with label Misi Kemanusiaan Gaza. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

PERTEMUAN MAPIM DENGAN KETUA JABATAN HAL EHWAL KEMANUSIAAN OIC & NGO ISLAM ANTARABANGSA

PERTEMUAN MAPIM DENGAN KETUA JABATAN HAL EHWAL KEMANUSIAAN OIC & NGO ISLAM ANTARABANGSA MENGENAI PENYELARASAN ANTARABANGSA USAHA BANTUAN KEMANUSIAAN

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2010 - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini telah mengadakan perbincangan usaha sama inisiatif komprehensif pembangunan semula Gaza dengan Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan, Persidangan Islam Sedunia (OIC) serta dua wakil pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, Ar-Rahmah Alamiah, Kuwait dan Relief without Borders yang berpangkalan di Sweden.

Perbincangan yang turut disertai beberapa delegasi misi Ramadan di Gaza - March for Freedom MAPIM dan NGO tempatan itu telah diadakan di Martrade, Kuala Lumpur dipengerusikan oleh Mohd Azmi Abdul Hamid (Cikgu Azmi), ketua misi RADIG-MFF merangkap Setiausaha Agung MAPIM.

Setakat ini 100 projek telah dikenal pasti merangkumi pelbagai bidang termasuk pendidikan, kesihatan, perumahan, infrastruktur, pertanian, ekonomi dan pembangunan belia. Dr. Rami M. Inshasi, Ketua Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan OIC berkata penyelarasan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di Gaza perlu dilakukan bagi mengelakkan daripada pembaziran dan pertindihan bantuan.

Dalam pengalaman beliau menggerakkan kerja-kerja bantuan kemanusiaan, pernah berlaku bekalan ambulan yang diperlukan di sebuah lokasi bencana cuma 50 buah sahaja tetapi akibat tidak ada penyelarasan jumlah ambulan yang akhirnya disediakan 120 buah, jauh melebihi keperluan tempat berkenaan. Katanya lagi, ini suatu pembaziran. Ambulan yang berlebihan itu boleh disalurkan ke tempat lain yang memerlukan.

Wakil Ar-Rahmah Alamiah, Kuwait, Dr. Waleed Al-Anjai pula menambah usaha sama antara NGO Islam seluruh dunia perlu direalisasikan demi penyatuan kerja-kerja bantuan kemanusiaan umat Islam seluruh dunia. Katanya, sudah tiba masanya umat Islam bersatu dan menjalinkan ikatan ukhwah yang utuh di dalam melaksanakan kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang rata-ratanya menimpa saudara-saudara se-Islam sendiri.
Dalam pada itu, Dr. Mahfoodh Ali, Pengurus Projek, Relief Without Border yang berpangkalan di Stockholm, Sweden menjelaskan masyarakat Islam antarabangsa perlu memahami mengapa rakyat Palestin khususnya di Gaza mesti diberikan keutamaan bantuan kemanusiaan dibandingkan yang lain. Kata beliau, bantuan kepada rakyat Palestin yang dizalimi Israel itu adalah bantuan yang memenuhi tuntutan agama demi pembebasan Al-Quds. Usaha sama yang diselaraskan di bawah naungan OIC itu bakal disempurnakan secara rasmi melalui piagam bertulis yang dipersetujui bersama.

Rombongan yang diketuai Dr. Rami Inshasi dijadualkan berlepas ke Indonesia dan Brunei setelah sempurna tugasan di sini.

Sementara itu, Cikgu Azmi dalam reaksinya memaklumkan bahawa sebuah bengkel peringkat Asean dicadang untuk diadakan pada bulan Oktober ini bagi memperhalusi lagi projek dan gerak kerja usaha sama tersebut dengan penyertaan rakan-rakan kongsi sekitar negara-negara Asean.
Perbincangan yang berlangsung lebih satu jam itu telah mendapat liputan media, Astro Awani dan TV Selangor.

Perbincangan Penyelarasan Antarabangsa bagi usaha bantuan Kemanusiaan Gaza di antara MAPIM dan wakil OIC

KENYATAAN MEDIA

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

25hb Ogos 2010

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini telah mengadakan perbincangan usaha sama inisiatif komprehensif pembangunan semula Gaza dengan Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan, Persidangan Islam Sedunia (OIC) serta dua wakil pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, Ar-Rahmah Alamiah, Kuwait dan Relief without Borders yang berpangkalan di Sweden.

Perbincangan yang turut disertai beberapa delegasi misi Ramadan di Gaza – March for Freedom MAPIM dan NGO tempatan itu telah diadakan di Martrade, Kuala Lumpur dipengerusikan oleh Mohd Azmi Abdul Hamid (Cikgu Azmi), ketua misi RADIG-MFF merangkap Setiausaha Agung MAPIM.

Setakat ini 100 projek telah dikenal pasti merangkumi pelbagai bidang termasuk pendidikan, kesihatan, perumahan, infrastruktur, pertanian, ekonomi dan pembangunan belia.

Dr. Rami M. Inshasi, Ketua Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan OIC berkata penyelarasan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di Gaza perlu dilakukan bagi mengelakkan daripada pembaziran dan pertindihan bantuan.

Dalam pengalaman beliau menggerakkan kerja-kerja bantuan kemanusiaan, pernah berlaku bekalan ambulan yang diperlukan di sebuah lokasi bencana cuma 50 buah sahaja tetapi akibat tidak ada penyelarasan jumlah ambulan yang akhirnya disediakan 120 buah, jauh melebihi keperluan tempat berkenaan.

Katanya lagi, ini suatu pembaziran. Ambulan yang berlebihan itu boleh disalurkan ke tempat lain yang memerlukan.

Wakil Ar-Rahmah Alamiah, Kuwait, Dr. Waleed Al-Anjai pula menambah usaha sama antara NGO Islam seluruh dunia perlu direalisasikan demi penyatuan kerja-kerja bantuan kemanusiaan umat Islam seluruh dunia.

Katanya, sudah tiba masanya umat Islam bersatu dan menjalinkan ikatan ukhwah yang utuh di dalam melaksanakan kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang rata-ratanya menimpa saudara-saudara se-Islam sendiri.

Dalam pada itu, Dr. Mahfoodh Ali, Pengurus Projek, Relief Without Border yang berpangkalan di Stockholm, Sweden menjelaskan masyarakat Islam antarabangsa perlu memahami mengapa rakyat Palestin khususnya di Gaza mesti diberikan keutamaan bantuan kemanusiaan dibandingkan yang lain.

Kata beliau, bantuan kepada rakyat Palestin yang dizalimi Israel itu adalah bantuan yang memenuhi tuntutan agama demi pembebasan Al-Quds.

Usaha sama yang diselaraskan di bawah naungan OIC itu bakal disempurnakan secara rasmi melalui piagam bertulis yang dipersetujui bersama.

Rombongan yang diketuai Dr. Rami Inshasi dijadualkan berlepas ke Indonesia dan Brunei setelah sempurna tugasan di sini.

Sementara itu, Cikgu Azmi dalam reaksinya memaklumkan bahawa sebuah bengkel peringkat Asean dicadang untuk diadakan pada bulan Oktober ini bagi memperhalusi lagi projek dan gerak kerja usaha sama tersebut dengan penyertaan rakan-rakan kongsi sekitar negara-negara Asean.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong

MAPIM

Thursday, August 19, 2010

Misi Ramadhan di Gaza-March For Freedom MAPIM pulang dengan kejayaan melebihi sasaran asal

Misi Ramadhan di Gaza – March for Freedom anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia atau ringkasnya MAPIM selamat pulang ke tanah air pada hari Rabu, 18 Ogos, 2010 dengan semangat juang yang berkobar-kobar dan khabar kejayaan yang melebihi sasaran asal misi berkenaan.

Delegasi misi rasa sangat bersyukur kerana berjaya menembus sempadan Rafah dengan lancar hasil bantuan dan kerjasama padu pihak Kedutaan Malaysia di Mesir.

Sepanjang menjalani tempoh perlaksanaan selama 13 hari dari 6 Ogos hingga 18 Ogos, misi yang dianggotai 44 ahli itu dapat merai dan merasai semangat Ramadhan di bumi Gaza dengan keadaan aman dalam ikatan kekeluargaan dan persaudaraan walaupun rakyat Palestin di Gaza masih menghadapi sekatan regim Israel.

Di luar dugaan perancangan asal, pemerintah Gaza telah menjadikan delegasi misi ini sebagai tetamu rasmi kerajaan. Dalam pertemuan khas Perdana Menteri Gaza, Dr. Ismail Haniyeh dengan delegasi pada 11 Ogos 2010 di pejabat rasminya, beliau telah menyatakan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada rakyat Malaysia dalam menyokong dan membantu Gaza menghadapi kesulitan sekatan dan ancaman serangan regim Israel.

Malah, pada pertemuan itu, dua wira Mavi Marmara Malaysia, Mustapa Mansor, ahli jawatankuasa MAPIM dan Ashwad Ismail, wartawan Astro Awani telah dianugerahkan watikah penghargaan tertinggi oleh Perdana Menteri Gaza.

Dalam menyempurnakan misinya, delegasi telah berjaya menyampaikan bantuan makanan dan ubatan serta alat pendidikan daripada sumbangan rakyat Malaysia kepada golongan sasar. Namun keunikan misi ini adalah hasil yang telah dicapai melalui kajian menyeluruh dalam sembilan bidangan berikut :

  • Bantuan Kemanusiaan
  • Pendidikan
  • Kesihatan
  • Pembangunan Masjid
  • Wanita dan Kanak-Kanak
  • Ekonomi
  • Pentadbiran
  • Infrastruktur
  • Hak Asasi dan Jaringan NGO

Dalam aturcara lawatan dan temubual yang telah diatur oleh pihak berkuasa Gaza serta badan-badan bukan kerajaan tempatan, semua anggota misi telah menyaksikan sendiri kerosakan harta benda serta keperluan rakyat Palestin terutamanya di khemah pelarian di sekitar Gaza sejak dari serangan Israel pada awal tahun 2009.

Dapatan atau penemuan kajian itu telah dibengkelkan dalam Seminar Pasca Ramadhan March For Freedom yang sempat diaturkan oleh MAPIM yang turut disertai anggota delegasi dan beberapa jemputan di kalangan rakyat Malaysia yang berada di Kaherah pada 16 Ogos, 2010 di Hotel Cairo Khan, Kaherah.

Bagaimanapun yang menakjubkan ialah suasana sekitar yang begitu aman dan semangat kental rakyat Gaza untuk meneruskan kehidupan sangat ketara. Pertemuan dengan pelbagai golongan pemuda, wanita serta kanak-kanak termasuk pihak berkuasa tempatan menunjukkan jati diri dan daya ketahanan rakyat Gaza sangat tinggi dalam berhadapan dengan ancaman Israel.

Dalam pada itu, beberapa persepakatan konkrit dengan pihak berkuasa Gaza telah dicapai termasuk dalam beberapa projek yang berkaitan dengan kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan pembangunan sosial rakyat Gaza.

Antara projek-projek jangka panjang yang disepakati MAPIM dan Kerajaan Gaza ialah :

  1. Hospital Pediatrik di tengah-tengah bandaraya Gaza,
  2. Cadangan bandar berkembar dengan kota Khan Younis,
  3. Cadangan masjid berkembar dengan Masjid Al-Umri – masjid tertua bandaraya Gaza (1500 tahun),
  4. Pembinaan jalan utama sepanjang 7km di kota Khan Younis yang bakal dinamakan Jalan Persaudaraan Malaysia Palestin.
  5. Taman Rehabilitasi Kanak-Kanak atas nama Malaysia di sebidang tanah 30 ekar di kota Khan Younis dan
  6. Cadangan kerjasama membangunkan kolej perubatan di Universiti Islam Gaza (Islamic University of Gaza)
  7. Cadangan pembinaan pejabat Sekretarian Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) di Gaza.

Semua projek-projek cadangan ini akan diusahakan oleh MAPIM melalui dokongan dan sokongan rakyat Malaysia sambil berusaha mendapatkan kerjasama dengan kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan seta Negara-negara Asean.

MOHD. AZMI ABDUL HAMID

Ketua Delegasi

Ramadhan Di Gaza – March for Freedom

Merangkap Setiausaha Agung MAPIM

Thursday, August 12, 2010

Dua Wira Mavi Marmara Malaysia Terima Watikah dari PM Gaza, Palestin





Mustapa Mansor - Salah seorang aktivis Mavi Marmara menerima watikah dari Ismail Haniyeh

Dua wira Mavi Marmara Malaysia yang terlibat di dalam tragedi berdarah menggemparkan dunia pada 31 Mei lalu menerima watikah penghargaan tertinggi daripada Perdana Menteri Gaza Palestin, Ismail Haniyeh.

Mustapa Mansor, Setiausaha Inisiatif Malaysia untuk Pembebasan Palestin, MAPIM dan Ashwad Ismail, wartawan Astro Awani dikejutkan dengan penyampaian watikah berkenaan sewaktu kunjungan hormat delegasi misi Ramadan Di Gaza - March for Freedom MAPIM pada jam 2.00 petang waktu tempatan di Pejabat Perdana Menteri itu.

Sewaktu diminta reaksi spontan selepas menerima watikah penghargaan berkenaan, kedua-duanya menyatakan kegembiraan dan kesyukuran masing-masing.

"Saya gembira dan terharu dengan kesungguhan pihak pemeritah Hamas Gaza. Sebenarnya mereka sangat sensitif dan prihatin dengan apa yang terjadi. Kepedulian mereka sangat tinggi terhadap sesiapa sahaja yang telah berkorban untuk pembebasan Palestin," luah Mustapa.

"Secara peribadi, penghargaan ini meningkatkan lagi keyakinan dan kesungguhan diri saya untuk terus melakukan inisiatif mempertingkatkan kesedaran masyarakat dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Bagi MAPIM pula saya bersyukur kerana inisiatif yang tidak mengenal penat lelah yang dilakukan MAPIM selama ini tidak sia-sia malah akhirnya membuahkan hasil dan mendapat pengiktiran," tambah beliau lagi.

Ashwad Ismail - Wartawan Astro Awani bersama Ismail Haniyeh

Ashwad pula memberi reaksi tersendiri. Kata beliau, "Saya melihat ini sebagai sesuatu yang cukup berharga dalam pengalaman sebagai seorang wartawan muda sepanjang usaha mengetengahkan konflik enam dekad Asia Barat. Saya amat menghargainya dan ia menjadi pembakar semangat kepada saya dan juga rakan-rakan wartawan lain untuk melaporkan realiti sebenar keadaan yang menimpa rakyat Gaza dan Palestin akibat penjajahan dan kekejaman dasar Israelisasi kerajaan Zionis."

Acara yang dihadiri menteri dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Gaza Palestin telah mendapat liputan meluas stesen televisyen tempatan Al-Quds dan Al-Aqsa.

Dalam pertemuan satu setengah jam itu, pelbagai perkara telah dikemukakan Mohd Azmi Abdul Hamid, ketua misi Ramadan Di Gaza - March For Freedom kepada Ismail Haniyeh. Antaranya termasuk, cadangan pembinaan Hospital Kanak-Kanak di bandaraya Gaza, bantuan kemanusiaan termasuk makanan, kemasyarakatan dan perubatan serta usahasama pendidikan khususnya institusi pengajian tinggi.

Acara bersejarah itu juga menyaksikan Perdana Menteri Gaza Palestin mengalungkan selendang tertera bendera Palestin dan Malaysia kepada semua anggota delegasi.


Anggota misi RADIG-MFF bersama PM Ismail Haniyeh dan Pegawai Kerajaan Gaza, Palestin

Maklumat terkini Aktivis Ramadhan Di Gaza

Berikut adalah emel yang telah dikirimkan oleh Presiden TERAS mengenai perkembangan lanjut program Ramadhan di Gaza.

Salam Ramadhan Kareem

Alhamadulillah kami sudah berada hari ke 3 di Gaza. Semua program dalam misi berjalan lancar.Misi bantuan sebagai simbol sokongan kepada rakyat Gaza telah diserahkan kepada PM Gaza , Ismail Haniyeh , Majlis Gabungan NGO Gaza , Mangsa Keluarga Shuhada, Majlis Ulama Gaza dan beberapa institusi pendidikan.

Sementara itu delegasi seramai 44 orang anggota MAPIM dalam Misi Ramadhan March for Freedom akan menjalankan tugas mencari fakta dalam beberapa aspek untuk mendapat situasi terkini Gaza termasuk pendidikan , kesihatan , ekonomi , infrastruktur , keadaan masjid dan institusi awam .Sebuah Laporan khas akan dihasilkan untuk menjadi
dokumen kempen dan lobi MAPIM kepada pelbagai pihak .

Kami menjadi tetamu pihak berkuasa Gaza dan mendapat penghormatan mengadakan pertemuan dengan PM Gaza dalam suatu majlis khas di pejabatnya.Turut hadhir adalah beberapa Menteri-menteri Kabinet. Dua anggota MAPIM Ramadhan di Gaza iaitu Nustapha dan Aswad Ismail yang menganggotai Mavi Marmara telah dianugerah dengan watikah penghormatan tertinggi oleh PM Gaza di mjalis tersebut.

Jadual seterusnya adalah untuk bertemu dengan beberapa NGO yang ada di Gaza , menziarah keluarga Shuhada dan sekolah , termasuk cuba bertemu dengan pegawai UNRWA dan OIC.

Sehingga ini kami telah dibawa melihat semua kawasan yang rosak teruk , melawat hospital dan kawasan dimana ramai orang awam telah terbunuh akibat serangan Israel pada awal 2009 yang lalu termasuk juga Universiti Islam Gaza.

Kami sedang menyenaraikan beberapa program lanjutan yang akan dilakukan oleh MAPIM dalam rangaka membantu Gaza dalam jangka masa panjang..

Dalam rangka merancang program jangka panjang , suatu perbincangan akan diadakan untuk mencadangkan program berkembar antara bandar , masjid , institusi pendidkan , universiti di Gaza dan Malaysia serta suatu cadangan pembinaan sebuah Hospital Kanak-kanak .

Insyallah kami akan berangkat keluar dari Gaza pada 14hb Ogos 2010 .

Sementara itu kami telah dapat bertemu dengan pelbagai rombongan dari negara lain yang juga kebetulan berkunjung di Gaza antaranya Bahrain , Afrika Selatan , Scotland , Britain , Turki dan Ireland untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Rakyat Malaysia boleh mengikuti berita terkini Ramadhan di Gaza MAPIM di Bernama Radio 24 , 93.9 Mhz , www.radio24.com.my , website marchforfreedom.org,astro awani , TV Selangor dan sinar harian

Salam dari semua

Cikgu Azmi
Ketua Delegasi Konvoi Ramadhan di Gaza MAPIM

Monday, June 28, 2010

Masih berpeluang sertai Misi Ramadhan ke Palestin

SHAH ALAM, 27 Jun 2010: Peluang untuk mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai Misi Konvoi Ramadhan ke Palestin masih terbuka sehingga 20 Julai ini yang merupakan tarikh bermula saringan memilih 60 peserta negara yang akan berada selama lima hari di negara itu.

Mereka akan bersama 300 hingga 500 pembawa bantuan dari seluruh dunia akan bersama rakyat Palestin merasai detik kehidupan dengan berpuasa, berbuka dan bersahur, demikian tegas Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Air Mata Palestin di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, dekat sini malam tadi bersama seorang aktivis masyarakat selaku jurnalis majalah Sabili dari Indonesia yang juga peneliti isu Palestin yang telah menulis empat buku mengenainya.

“Peserta yang akan ke sana adalah orang yang sanggup mati syahid, mereka yang tidak sampai ke tahap itu dan ingin pulang, awal-awal lagi akan digugurkan ketika pemilihan bermula 20 Julai ini.

“Tiada pihak membiayai mereka, pergi dengan wang sendiri,” jelasnya yang berharap konvoi ini akan berjaya menyampaikan bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia seperti keperluan perumahan, perubatan melalui jalan darat menerusi Rafah, Mesir setelah gagal melalui jalan laut pada 31 Mei lalu.

Beliau berkata, tiada pihak yang lain termasuk kerajaan yang boleh diharapkan setelah beberapa kali mereka mengkhianati perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut pembebasan negara mereka dari cengkaman zionis Yahudi.

Kerajaan negara ini, jelasnya, telah melakukan khianat seperti membenarkan pemain kriket Israel datang bermain ke sini, memberi laluan kapal Israel untuk berlabuh di Pelabuhan Klang, membina pusat latihan memerangi keganasan di Sepang setelah diminta oleh Amerika dan memgambil penasihat membina imej, APCO yang jelas mempunyai hubungan dengan zionis.

Beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berharap umat Islam di negara ini bangkit memberikan sumbangan RM1 juta yang diperlukan bagi menjayakan misi kali ini yang bagi Mapim, mempunyai keyakinan tinggi usaha membebaskan pembebasan Palestin boleh dicapai.

Menurutnya, orang ramai yang berhajat untuk kedua perkara di atas boleh menghubungi Mapim di 24-4-1, Diamond Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur di talian 017-5554828 dan akaun TABUNG GAZA – MAPIM pula di BIMB: 0801301007582.

Tuesday, February 3, 2009

Misi Kemanusiaan Ke Gaza diarah keluar

KLIA 3 Feb - Semalam saya dan sahabat dari Shura,Jama'iy Perak, JIM, ACT,MCM & Teras-CIMMA berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi menyambut rombongan 5 NGO's yang ke Gaza Palestin bagi menyampaikan sumbangan umat Islam dari Malaysia.
Misi yang dijangkakan pulang pada 31-Jan-2009 tertangguh sehingga ke 3-Feb-2009, atas sebab-sebab yang sedia maklum iaitu kebenaran untuk memasuki ke Gaza melalui Rafah, Mesir amat sukar sekali.Pelik tetapi benar itulah yang berlaku realitinya kerana halangan dari kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak.Mungkin inilah janji yang diutarakan kepada wanita besi Yahudi Tizpi Livni yang bertemu dengan Hosni Mubarak 2 hari sebelum Gaza diserang tempohari.
Menurut Cikgu Azmi dan sahabat yang lain, banyak bantuan tidak dapat masuk melalui pintu Rafah, Mesir. Kawalan di sana amat ketat sehinggakan beliau mengalami kesakitan kaki kerana menunggu berdiri di sana terlalu lama.Banyak alasan dan ceretnya pihak imigresen Mesir.Walaubagaimana rezeki kepada sahabat Muslim Care Malaysia yang dapat masuk ke sana sebagaimana yang dilaporkan dalam entri saya sebelum ini.
Kelihatan keceriaan riak muka para relawan yang pergi baru-baru ini walaupun disaluti keletihan kerana acara yang diatur di sana cukup padat.Yang pasti, semua yang balik bersemangat untuk pergi ke sana jika diizinkan.
Saya dan sahabat sempat berbincang dengan Cikgu Azmi, apakah tindakan seterusnya yang akan kita ambil bagi menunaikan tanggungjawab kami sebagai NGO Islam.InsyaAllah, kami sedang merangka program-program seterusnya bagi meningkatkan kepedulian umat.Relawan-relawan Palestin-Malaysia yang telah berdaftar dengan kami akan kami gerakkan bersama bantuan sahabat NGO' s yang lain.
Selain daripada itu, kami diberitahu bahawa semua NGO's yang terlibat yang bukan dari penduduk Gaza telah diarahkan keluar demi keselamatan.
Mercy tinggalkan Gaza
AL ARISH (sempadan Rafah) 3 Feb. - Sukarelawan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) yang terdiri daripada doktor terpaksa meninggalkan Gaza semalam ekoran serangan terbaru Israel.
Keterbatasan waktu yang ada dapat dimanfaat dengan perbincangan beberapa isu untuk tindakan sahaja.Cikgu Azmi akan bertolak ke Pulau Pinang pada malam itu juga sebab pada keesokkan harinya susunan program telah diatur untuknya.Kegigihan beliau amat kami sanjungi walaupun dimamah usia setengah abab dibanding kami.Moga usaha 5 NGO's yang pergi pada kali ini dalam misi khas iaitu untuk mengheret Yahudi Laknatullah supaya dibicara di mahkamah antarabangsa akan terhasil.Inilah sebahagian kecil usaha yang dilakukan.Jika tak dapat buat semua, jangan tinggal semua... itulah kaedah yang diambil.
Semangat berjuang perlu diteruskan.Pihak kami juga merasa bertuah kerana telah dihadiahkan seorang satu, senaskah Al-Quran Gaza yang kebiasaannya dibekalkan kepada Mujahidin Hamas.Moga ia akan memberi satu kekuatan kepada kami untuk diamalkan.
"Birruh Biddam Naqdika Palestin"
"Seeru 'ala barokatillah"
"Salam Perjuangan"

Tuesday, January 27, 2009

Misi Kemanusiaan Gabungan NGO-NGO Islam ke Gaza Palestin

KLIA Sepang - Misi Kemanusiaan Gabungan NGO-NGO Islam ke Gaza, Palestin telah bertolak dari KLIA malam tadi. Misi yang dianggotai seramai 7 orang pada kali ini adalah sebahagian dari usaha yang dilakukan oleh NGO's Islam. Misi pada kali ini mencabar kerana difahamkan keadaan di Selatan Gaza kembali gawat akibat serangan tentera Yahudi walaupun masih dalam tempoh genjatan senjata.

Misi ini diketuai oleh Presiden TERAS Pengupayaan Melayu Malaysia Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin Pengerusi SHURA, Ustaz Zulkifli Ibrahim Timbalan Presiden Jama'iy merangkap Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Perak, Ust Norazli dari Muslim Care Malaysia,Sdr Arafat dari Jama'iy, Sdr Megat dan Sdr Selamat mewakili Jemaah Islah Malaysia (Caw Perak).

Penyerahan sumbangan orangramai kepada Ketua Misi Cikgu Mohd Azmi

Menurut ketua misi Cikgu Azmi, "misi pada kali ini adalah penting dalam usaha NGO's Islam Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan NGO Islam yang berada di Gaza Palestin". Melalui usaha ini, InsyaAllah selepas ini penyaluran sumbangan yang berterusan akan menjadi lebih mudah.



Selain itu kata beliau "satu usaha tindakan politik juga akan diusahakan untuk mengheret Perdana Menteri "Israel" Ehud Olmert ke mahkamah antarabangsa bagi membicara kekejaman dan jenayah perang yang dilakukannya".


Turut bersama bertolak ke Gaza pada malam itu adalah dari kumpulan Mercy Malaysia yang menghantar 5 orang Doktor yang diketuai oleh Prof Dr Mohamad Hatta Shahrum. Mereka difahamkan akan bertugas di hospital-hospital yang terdapat di Gaza Palestin.


Misi Kemanusiaan Mercy Malaysia ke 7

Monday, January 26, 2009

Misi Kemanusiaan Gaza - Muslim Care

Muhammad Azmir & Syed Kadir Mon
Jan 26, 09 10:54:05 pm MYT


KAHERAH,26 Jan (Hrkh) -Selepas kejayaan misi kemanusiaan yang dibawa oleh Yayasan Amal Malaysia,kini sebuah lagi NGO iaitu Muslim Care turut tidak ketinggalan dalam misi yang serupa apabila tiba di Kaherah semalam untuk memberikan bantuan kepada penduduk di Gaza.

Misi Kemanusiaan Muslim Care

Rombongan Muslim Care yang berada di Kaherah ini diketuai oleh Timbalan Presidennya, Zulkifli Mohd Nani dan dibantu oleh Ustaz Riduan M. Noor, Zulkifli Wahijan dan Dr. Azarisman Mohd Shah.

Menurut Ustaz Riduan, dana kutipan Muslim Care pada awalnya berjumlah RM 105,000, dan kian bertambah dengan nilai kutipan terkini iaitu sebanyak RM 200.000.

Sebaik tiba di Kaherah,Muslim Care telah memulakan langkah awal dengan bertemu Duta Besar Malaysia di Mesir,TYT Dato' Zainal Abidin Abd Kadir untuk menyatakan hajat dengan membawa misi kemanusiaan dan bantuan ke Gaza melalui sempadan Rafah.

Dalam pertemuan tersebut,pihak kedutaan memberikan kerjasama dan telah menetapkan beberapa prosedur yang perlu diikuti antaranya;tidak melibatkan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dalam misi kemanusiaan Muslim Care.

Sungguhpun demikian, pihak pelajar yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin telah menghulurkan bantuan seupaya mungkin bagi memudahkan anggota Muslim Care meneruskan misi mereka.


Antara bantuan yang diberikan adalah menyediakan sumbangan untuk dibawa kepada mangsa Israel di Kaherah dan membantu membeli bekalan perubatan dengan usahasama Arab Medical Union (AMU).

Sementara itu, berita terbaru yang diterima,pihak berkuasa Mesir telah kembali menutup pintu sempadan di Rafah.

Ketika ini, anggota Muslim Care sedang dalam perjalanan ke Rafah dan akan berusaha menyampaikan bantuan kemanusiaan yang dibawa bersama.

Kepada rakyat Malaysia atau sesiapa sahaja yang ingin memberikan sumbangan boleh berbuat demikian atas nama; Muslim Care dengan menyalurkan dana ke akaun RHB Bank: 26-2120-0000-4747. - mks.

Nota : Harakahdaily.net

Saturday, January 24, 2009

Selamat Pulang Wira Yayasan Amal Malaysia dari Gaza Palestin

KLIA, Sepang : Hari ini 28 Muharram 1430H / 24hb Jan 2009, sahabat saya dari Yayasan Amal Malaysia Cikgu Husin, Sdr Jamuliddin, Dr Rani, Dr Ahmad, Dr Hamdan dan wartawan yang mengikuti Misi Kemanusian Gaza, Palestin telah selamat sampai di KLIA tepat jam 8:48 malam.
Relawan Yayasan Amal Malaysia yang baru tiba dari Gaza Palestin


Sementara menunggu rombongan dari YAM, sempat juga kami berbincang dengan rakan dari Persatuan Bulan Sabit Malaysia En Fauzan yang juga sedang menunggu 2 orang relawan mereka yang pulang dari Gaza.Perbincangan kami adalah sekitar kesedaran rakyat Malaysia dalam melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan yang masih kurang dibandingkan rakyat di negara lain.

Sempat bertukar pendapat dengan sahabat
dari Bulan Sabit Malaysia En Fauzan
Beliau berharap pihak kerajaan dan NGO’s memainkan peranan yang serius bagi meningkatkan lagi kesedaran di kalangan rakyat. Birokrasi yang menghalang penglibatan rakyat sepenuhnya perlu di atasi bagi melahirkan masyarakat yang prihatin akan masalah umat yang menimpa.

Wira Malaysia Relawan Yayasan Amal Malaysia
bersama Anis Zulfa (Anak Lubnan)

Bersama sahabat saya Cikgu Husin Ismail (Presiden YAM)
& Sdr Jamuliddin (Timb Presiden YAM)

Kerja-kerja yang dilakukan semasa Misi Kemanusiaan Gaza, Palestin

Tuesday, January 20, 2009

Tahniah : Yayasan Amal Malaysia

Semoga halangan yang dihadapi akan dipermudahkan oleh Allah SWT, demi menunaikan amanah. Seeru 'ala barokatillah.


Gaza: 72 jam tanpa mandi,tidur - 6 jam di sempadan
Mohd Khalil Abdullah Wed Jan 21, 09
1:57:54 am MYT

RAFAH,21 Jan (Hrkh) - Hari ini akan menjadi cubaan kedua misi kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia untuk menembusi pintu sempadan 'Rafah Crossing'.

Malam tadi lebih 6 jam anggota rombongan Yayasan Amal Malaysia menunggu giliran untuk mendapatkan pelepasan ke Palestin,tetapi agak hampa apabila di saat-saat akhir pihak berkuasa Mesir tidak membenarkan.
Namun, dengan semangat yang tinggi anggota Yayasan Amal yang diketuai Presidennya,Husin Ismail (Cikgu Husin) masih terus mencuba dengan melakarkan pelbagai strategi demi untuk menunaikan amanah rakyat Malaysia yang telah menghulurkan pelbagai sumbangan untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa Israel.

Dekat tetapi jauh,demikian ungkapan tepat kepada anggota misi ini apabila berada beberapa meter daripada pintu pagar sempadan namun karenah pihak berkuasa Mesir telah menyebabkan cubaan misi ini ke seberang gagal dilaksanakan malam tadi.

Walaupun telah menyediakan pelbagai surat dan dokumen sokongan termasuk daripada Kedutaan Malaysia dan Persatuan Perubatan Arab namun pihak berkuasa masih bertegas untuk tidak melepaskan anggota Yayasan Amal menyeberangi sempadan.

Sungguhpun pelbagai dugaan dihadapi seperti sekatan-sekatan di beberapa 'check point',tidur yang tidak mencukupi dan tidak mandi lebih 72 jam,namun semua masih bersemangat tinggi dan akan cuba untuk menyeberangi sempadan esok.

Untuk cubaan ketiga esok, Yayasan Amal telah meminta jasa baik Wisma Putra di Kuala Lumpur dan Kedutaan Malaysia di Mesir untuk membantu dengan memberikan beberapa dokumen bagi membolehkan Yayasan Amal menunaikan amanah yang diberikan rakyat Malaysia.

Untuk makluman, rombongan yang akan menyeberang ke sempadan ini akan turut diiringi dengan bantuan perubatan yang bernilai lebih RM50,000.00.
Presidennya,Husin Ismail semasa diajukan pertanyaan bila boleh menyeberang,katanya,"harap semua berdoa,doakan kami dapat menyeberang esok...jika tidak dapat ke Gaza paling kurang di Rafah Palestin dan bantuan yang diamanahkan oleh pelbagai pihak dapat disampaikan."

Untuk makluman, Rafah dibahagikan kepada dua kawasan,satu dikuasai oleh Mesir dan satu lagi milik Palestin.

Dan malam tadi, anggota Yayasan Amal hanya dapat berada di pintu sempadan iaitu di Rafah Mesir. - mks. _

Wednesday, January 14, 2009

Sumbangan Umat Islam "Misi Kemanusiaan Gaza"

Sumbangan Derma Umat Islam untuk Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin


InsyaAllah, pihak Koordinator Selamatkan Al-Quds telah menyampaikan sumbangan yang diberikan oleh rakyat di Negeri Sembilan melalui Yayasan Amal Malaysia (YAM) yang di ketuai oleh (Dr) Hj Husin selaku Presiden Yayasan Amal Malaysia. Rombongan yang diwakili oleh Doktor Pakar dan Paramedik ini akan berlepas ke Semenanjung Gaza dan InsyaAllah akan berada di sana dari 14 Jan - 20 Jan 2009.

Penyerahan Sumbangan kepada Presiden Yayasan Amal Malaysia

Sumbangan Ubat-Ubatan

InsyaAllah, seluruh umat Islam di Negeri Sembilan mendoakan rombongan ini selamat sampai ke sana dan selamat kembali ke tanahair. "Seeru 'ala barokatillah"


Kepada yang berhajat untuk menjadi Relawan Palestin-Malaysia, sila hubungi


1.CIMMA-Teras : Sdr Suhaire Hj Sulaiman
(019-2998345)

2.Yayasan Amal Negeri Sembilan : Sdr Mohd Sufian Ibrahim
(013-3589328)


atau


Taip (Nama) (No Kad Pengenalan) (Negeri) dan
SMS ke 019-2998345

Selain itu, kepada sesiapa yang mahu menyumbang bagi melancarkan Misi Kemanusiaan selepas ini bolehlah menghulurkan bantuan kepada akaun


CIMB (07300002468528) Mohd Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS)

MBB (155014995886) Suhaire Sulaiman (Koordinator Selamatkan Al-Quds)