Monday, May 31, 2010

PAS Akan Hantar Memorandum, Nasib Delegasi Malaysia Belum Pasti

Dimaklumkan bahawa PAS bersama beberapa NGO akan menghantar memorandum berhubung serangan Israel ke atas Konvoi Freedom Flotilla pada jam 12 tengahari di Kedutaan Amerika, 1 Jun 2010 (esok-Selasa).

Naib Presiden PAS, YB.Salahuddin Ayub akan mengetuai penyerahan memo ini dan ahli PAS dan penyokong soladariti Palestine sekitar Lembah Klang dijemput hadir sebagai tanda sokongan. Bawalah bendera Palestine dan placarad sebagai tanda bantahan anda terhadap kezaliman regim Israel.

Sementara itu, Presiden Yayasan Amal Haji Husin Ismail masih tidak dapat dihubungi bagi mengetahui kedudukan Timbalan Presidennya, Haji Jamiludin Elias yang ada bersama-sama Konvoi diatas kapal Mavi Marmara.

Kapal tersebut telah terputs semua hubumngan sejak diserang oleh angkatan laut ‘laknatuLlah’ Israel.

Seramai 12 orang delegasi Malaysia diketuai oleh Haji Norazman Shamsudin dari Haluan Palestine.

Sekretariat Life Line 4 Untuk Gaza akan mengadakan satu sidang media khas di Kuala Lumpur petang iniSekretariat Life Line 4 Untuk Gaza akan mengadakan satu sidang media khas di Kuala Lumpur petang ini

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta supaya rakyat di negara ini melakukan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan anggota konvoi ini dan rakyat Palestine.

Semua masjid dan surau diminta mengadakan majlis solat hajat besar-besaran minggu ini dan satu demontrasi besar bersama NGO dan penyokong soladariti Palestine akan diadakan pada 4 Jun 2010 (Jumaat) dihadapan keduataan Amerika selepas solat Jumaat.

Buletinonline mengajak semua rakyat mendoakan semoga Allah berikan kelebihan dan Kebaikan serta Keselamatan Dunia Akhirat Kepada semua anggota konvoi khususnya kepada delegasi Malaysia dan wakil Yayasan Amal Haji Jamiludin Elias.

Berikut adalah rakaman terakhir Haji Jamiludin


Freedom Flotilla - Delegasi Malaysia Di Barisan Hadapan

Monday, 31 May 2010 02:11 Editor


Armada kapal yang membawa bantuan kemanusiaan dan beratus-ratus aktivis pro-Palestin telah meninggalkan wilayah Cyprus untuk menuju Gaza.

”Freedom Flotilla” adalah gabungan beberapa buah kapal dan bot dianjurkan oleh sebuah NGO Turki, Insani Yardim Vakfi (IHH) dan ‘Free Gaza Movement’ (FGM) berpengkalan di Amerika dan Eropah.

Kumpulan bot dan kapal FGM berlepas dari pelabuhan di Ireland, Greece pada minggu lalu.

(Gambar - Ketua Delegasi Malaysia Norazman Shamsudin, vast cerah tengah, wakil Yayasan Amal Jamiludin Elias, paling kiri)

Manakala kapal induk Mavi Marmara yang membawa lebih 700 orang aktivis dan sebuah kapal kargo telah berlepas dari pelabuhan Yeni Antalya Turk .

Setelah beberapa kali tertunda akibat kerosakan teknikal, lima daripada sembilan kapal belayar melalui perairan antarabangsa menuju Cyprus.

Sesampainya armada tersebut di Cyprus, cabaran yang lebih berat terpaksa dihadapi apabila pihak berkuasa Cyprus tidak membenarkan kapal untuk berlabuh.

Tujuan mereka berlabuh di pulau itu adalah untuk menunggu ketibaan kapal-kapal lain yang akang bergabung menyertai armada tersebut.

Pihak berkuasa Cyprus mengenakan pelbagai kerenah birokrasi bagi menyukarkan pergerakan angota-anggota parlimen Eropah yang menunggu di pulai itu.

Akhirnya, mereka terpaksa menukar laluan ke daerah Cyprus yang dikuasai Turki untuk menaiki kapal menuju ke tempat di mana kapal Mavi Marmara sedang menunggu.

Dilaporkan, Cyprus bertindak demikian kerana memelihara hubungan pulau itu dengan negara haram Israel.

Setelah sehari menunggu di tengah-tengah laut Mediterranean, akhirnya konvoi ka[al-kapal tersebut telah berlepas menuju Gaza sekitar waktu Malaysia jam 7.00 petang Ahad 30 Mei.

Cabaran yang lebih hebat menanti di hadapan apabila Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan tujuh menteri kabinetnya pada hari Rabu 26 Mei memutuskan bahawa Israel Tentera Laut akan menghalang konvoi tersebut dari memasuki Gaza.

Netanyahu berkata tindakan akan diambil, termasuk dengan menggunakan kekerasan, akan mengarahkan kapal ke pelabuhan Asdod, Israel dan akan mengusir ratusan aktivis kapal ke negara mereka asal.

Armada kapal-kapal ‘Freedom Floatilla’ dilaporkan, akan tiba di perairan Israel pada hari Isnin, 31 Mei.

Kontra dengan kenyataan Netanyahu, Ketua Misi ‘Freedom Flotilla’ Malaysia, Norazman Shamsudin berkata, misi kemanusiaan tersebut telah bersiap sedia menghadapi ancaman mendatang.


Antara ancaman yang telah dikenalpasti adalah‘lanun jadian’ yang terdiri daripada puak Yahudi radikal.

Oleh itu, koordinasi peserta dan kapal telah dilakukan melalui majlis syura konvoi yang terdiri daripada 7 orang.

Katanya, delegasi Malaysia-Indonesia telah diamanahkan untuk menjaga keselamatan kapal induk, Mavi Marmara.

”Ancaman yang telah kita tahu, 16 kapal ‘lanun jadian’ sedang menuju ke perairan Gaza, terdiri dari kumpulan radikal pelampau Yahudi yang mahu menghalang kapal ini,

”Israel juga telah menggambarkan telah menghantar kapal perang yang akan menahan kapal ini,”katanya.

Menurutnya, delegasi Malaysia-Indonesia telah diamanahkan untuk menjaga pos-pos keselamatan penting kapal induk, Mavi Marmara.

”Apabila komando-komando (Israel atau lanun tersebut) menurunkan tenteranya, samada dari helicopter atau dari bawah (kapal),


”pasukan kita (Malaysia-Indonesia) akan menghalang mereka dari menguasai kapal ini,”tegasnya.

Oleh itu beliau berharap supaya seluruh rakyat Malaysia dapat meneruskan usaha berdoa dan mendirikan solat hajat bagi keselamatan seluruh konvoi ‘Freedom Flotilla’.

Dilaporkan, Tentera Laut telah mengadakan beberapa latihan untuk mempersiapkan untuk menukar kembali konvoi, termasuk mempersiapkan untuk kekerasan. Di laporkan, menelan kos puluhan juta dolar.

Freedom Flotilla; Kemenangan Kepada Penduduk Gaza

Lima daripada Sembilan Buah Kapal yang dijadualkan belayar membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sudah berkumpul di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.

Mereka sedang menunggu sebuah lagi kapal yang membawa sekurang-kurangnya 30 orang ahli-ahli parlimen dari Eropah.



Dengan itu ia akan menjadikan keseluruhannya berjumlah enam buah, kurang tiga sebagaimana rancangan asal.

Demikian sebagaimana laporan yang di siarkan secara ‘Siaran Langsung Terus Menerus (Live Streaming) dari kapal utama Mavi Marmara (Gambar atas).



Sehingga laporan tersebut di siarkan sebanyak tiga buah kapal kargo dan dua buah kapal penumpang telah berkumpul dan akan bergerak bersama memasuki perairan Gaza.



Mereka mereancang untuk sampai di perairan Gaza pada petang Ahad dan InsyAllah mendarat di pelabuhan Gaza pada jam 8 pagi, Isnin, 31 Mei.



Kempen memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza dipelopori oleh sebuah sebuah NGO TurkiInsani Yardim Vakfi (IHH).



IHH bersama gerakan antarabangsa Free Gaza Movement telah menggerakkan kempen di negara-negara Eropah termasuk, Greece, Ireland, German dan Scotland.



Usaha kedua-dua NGO tersebut membeli dan membaikpulih kapal-kapal yang akan digunakan untuk belayar dapat di layari melalui Free Gaza Photostream.



Kehadiran kumpulan enam buah kapal tersebut yang dikenali sebagai ‘Freedom Flotilla’ bagaimanapun akan mendapat tentangan dari pihak Israel.



Tentera laut Israel telah pun dikerahkan bagi menahan konvoi ‘Freedom Flotilla’ sebaik mereka cuba masuk ke perairan Gaza.



Jika itu berlaku, saat-saat genting tersebut akan tercetus pada petang ini, Ahad 30 Mei, dimana beberapa pihak meramalkan para komando Israel akan menyusup masuk dan menawan kapal-kapal terbabit.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam Presiden IHH, Bulent Yildirim berkata, tidak ada seorang pun tentera Israel yang akan dibenarkan naik ke kapal-kapal mereka.



Sementara itu, Perdana Menteri Palestine, Ismail Haniyeh berkata, kemenangan tetap akan berpihak kepada penduduk Gaza samada konvoi ‘Freedom Flotilla’ sampai dan selamat mendarat di pelabuhan Gaza, atau ia disekat oleh tentera Israel.



Sekiranya kapal yang membawa 10,000 tan bantuan makanan dan keperluan perubatan tersebut sampai, ia merupakan kemenangan kerana ia dapat memecahkan sekatan laut pihak Israel dan penduduk Gaza seramai 1.5 juta orang akan mendapat bantuan tersebut.



Sebaliknya, sekiranya ia tidak sampai kerana disekat oleh tentera Israel dengan sebarang tindakan ketenteraan, ia juga akan memberikan kemenangan kepada penduduk Gaza kerana seramai 750 orang diatas kapal tersebut akan menjadi saksi kepada kekejaman Israel.



Ismail Haniyeh berkata demikian dalam satu majlis di pelabuhan Gaza, Sabtu, 29 Mei, bersama 400 orang penduduk Gaza, sempena menyambut ketibaan konvoi Freedom Flotilla.



Antara mereka yang menyertai konvoi Freedom Flotilla adalah Kolonel Bersara Ann Wright, seorang bekas Tentera Simpanan dan diplomat Amerika Syarikat serta ahli-ahli parlimen Ireland dan German



Bersama-sama konvoi tersebut juga adalah 11 rakyat Malaysia berada di dalam kapal penumpang Mavi Marmara (Gambar atas).


Mereka adalah Noorazman Mohd Samsuddin dari Haluan Palestin yang menjadi kordinasi utama wakil Malaysia, Dr Mohd Arba’ai Shawal, Dr S Muhamad Haleem S Hassan, Dr Selamat Aliman, Jamuliddin Elias (Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia), Al Hami Husain Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad (Wakil Media) dan Abdul Halim Mohamed Redzuan (Muslim Care) dan tiga yang lain dari Yayasan Perdana Global.

Serangan Yahudi Laknatullah ke atas Freedom Flotilla dikutuk

SHURA-CIMMA Initiatives mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Komando Elite Israel yang menyerang konvoi Freedom Flotilla yang menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan mencederakan seramai lebih dari 60 orang aktivitis NGO's.Tindakan tidak berperi kemanusiaan ini TIDAK BOLEH dimaafkan oleh seluruh penduduk di dunia ini.

SHURA-CIMMA Initiatives juga menyeru pihak yang berwajib melakukan sesuatu bagi mengekang tindakan tentera Yahudi yang ganas ini.

InsyaAllah berita-berita yang akan menyusul adalah berita-berita yang dipetik dari http://buletinonline.net