Written by admin from on January 11th, 2009
Ahad ,11/01/2009 - Dr Yousef Al-Qaradawi, ketua cendiakawan Islam, berkata Mesir enggan menerima satu delegasi dari pertubuhan itu yang diaturkan untuk menemui Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan menyatakan bahawa keadaan tidak sesuai untuk lawatan seumpama itu.
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Doha, Dr Qaradawi menyatakan bahawa delegasi itu menyeru pemimpin-pemimpin bagi negara-negara yang dilawati (Qatar, Arab Saudi, Syria, Negara Jordan Dan Turki) untuk bersatu dengan rejim Mesir dan mengenakan tekanan untuk membuka lintasan Rafah dan membenarkan laluan bantuan kemanusiaan pada rakyat Gaza.
Dr Qaradawi memberitahu yang bantuan ke atas penduduk Palestin mesti diteruskan dan menerima sokongan dari semua pihak, serta menegaskan perlunya tekanan demi tekanan dikenakan ke atas setiap cubaan Israel untuk membubarkan pendudukan Palestin.
No comments:
Post a Comment