Umat Palestin di Gaza menyambut kemenangan. Bendera hijau tua adalah lambang HAMAS. “Jihad Jalan Kami”, “Syahid Cita-cita Kami”.
Allahu Akbar !!! Walillahil Hamd !!! “Sungguh Aku akan memenangkan Aku dan rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Quran). “Dan tidaklah kemenangan itu melainkan dari sisi Allah, Maha Perkasa, Maha Bijaksana” (Al-Quran).
Setelah 23 hari berperang, Allah swt menghadiahkan kemenangan kepada umat Islam Palestin dalam bertarung dengan tentera Israel yang dilaknatNya melalui kata-kata Nabi Daud as dan Nabi Isa as. ribuan tahun dahulu. Mereka datang menyerang secara mengejut pada 27 Disember 2008 dan cabut kebelakang pada 19 Januari 2009, sehari sebelum Obama mengambil tampuk Presiden US dari Bush, Bapa Penjenayah Perang Abad 21.
Seperti lagak pengecut semasa Perang Lubnan yang mereka lancarkan tahun 2 tahun lalu, kali ini mereka sekali lagi membunuh seramai mungkin orang-orang awam di dalam kediaman-kediaman mereka tanpa mengira kanak-kanak, wanita, orang tua dan awam, melalui tembakan bom dari udara, untuk menutup kekalahan yang bakal mereka hadapi nanti di medan tempur di darat.
“Mereka tidak akan dapat memudharatkan kamu melainkan aza (sedikit sebanyak kesakitan, pembunuhan dll). Sekiranya mereka memerangi kamu, nescaya mereka akan cabut lari ke belakang, kemudian mereka tidak akan dimenangkan” (Al-Quran).
Walau didokong oleh persenjataan, bilangan, politik, media dan geografi, namun Israel kalah juga akhirnya walau cuba ditutup oleh pihak media antarabangsa yang dikuasai mereka. Ini adalah kerana matlamat-matlamat mereka seperti berikut telah gagal dicapai :
1.Israel ingin menjajah Gaza seperti yang sedang berlaku di Tebing Barat, tetapi tidak berjaya.
“Mereka tidak akan dapat memudharatkan kamu melainkan aza (sedikit sebanyak kesakitan, pembunuhan dll). Sekiranya mereka memerangi kamu, nescaya mereka akan cabut lari ke belakang, kemudian mereka tidak akan dimenangkan” (Al-Quran).
Walau didokong oleh persenjataan, bilangan, politik, media dan geografi, namun Israel kalah juga akhirnya walau cuba ditutup oleh pihak media antarabangsa yang dikuasai mereka. Ini adalah kerana matlamat-matlamat mereka seperti berikut telah gagal dicapai :
1.Israel ingin menjajah Gaza seperti yang sedang berlaku di Tebing Barat, tetapi tidak berjaya.
2.Amerika ingin isu Gaza dihapuskan sebelum Bush menyerah kuasa kepada Obama pada 20 Januari 2009, namun ini juga tidak berjaya. Obama akan terus dihantui isu Gaza dizaman pemerintahannya.Katanya, Obama ingin memulihkan kembali imej Amerika, namun episod Gaza seterusnya akan mendedahkan sikap-sikap beliau sebenarnya terhadap umat Islam.
3.Jika Gaza dikalahkan, Gerakan FATAH telahpun menyediakan barisan Kabinetnya untuk mengambilalih kerajaan di Gaza dari HAMAS. Mahmud Abbas telah bersedia di Tebing Barat. Mohd Dahlan telah bersedia di Mesir, namun mereka hampa.
4.Serangan mengejut hari pertama dan serangan-serangan seterusnya disasarkan untuk membunuh seramai mungkin pimpinan HAMAS di rumah dan pejabat mereka. Ini tidak berjaya kecuali pembunuhan Nizar Rayyan bersama kesemua ahli keluarganya. HAMAS berjaya mengambil langkah-langkah keselamatan ketat sebelum hari serangan mengejut tersebut.
5.Serangan ini adalah untuk meningkatkan populariti Parti Kadima untuk Pilihanraya Umum Israel bulan Februari ini. Namun sebaliknya berlaku. Kekalahan Israel yang memalukan ini telah menconteng arang di muka pimpinan dan parti mereka.
6.Kesengsaraan yang dihadapi oleh umat Palestin diharap akan menyerikkan mereka dari memilih HAMAS dalam Pilihanraya Palestin akan datang, namun sebaliknya berlaku. Tempoh presiden Mahmud Abbas juga telah tamat pada 8/1/2009 lalu. Kemenangan mujahideen Palestin dibawah pimpinan Kataib (Batalion) Izzuddin Al-Qassam (HAMAS) menaikkan populariti HAMAS dari 63% dalam Pilihanraya Umum tahun 2006 lalu, kepada 90% ketika perang dan selepasnya, seperti yang didakwa HAMAS.
Perang Gaza 2008 ini juga telah memberi kejayaan kepada umat Palestin khususnya, dan umat Islam amnya kerana :
1.Perang ini telah menyedarkan ramai umat Islam yang sebelum ini lena kerana kesibukan dunia. Di Malaysia sendiri para artis turut menyumbang kepada Palestin.
2.Kemenangan Palestin ini telah mengembalikan keyakinan umat Islam akan kekuatan Islam sebenar yang boleh mengatasi kecanggihan tentera Israel yang sering mereka gembar-gemburkan. Generasi 2008 kini tahu dan menyaksikan bahawa Israel boleh dikalahkan walau oleh sebuah gerakan, belum lagi sebuah negara Islam, apatah lagi Khilafah Islam.
3.Perang Gaza 2008 ini telah menyatukan banyak kumpulan-kumpulan Islam dalam sesebuah negara.
4.Jihad Gaza kali ini banyak menonjolkan tokoh-tokoh belia seperti Khalid Masy’al, Ismail Haniyeh, isteri-isteri mereka dan ramai lagi, untuk diambil contoh oleh para pemuda dan pemudi Palestin khususnya. Ini akan melahirkan lebih ramai tokoh dan pelapis dari berbagai generasi harapan agama dan negara di masa akan datang.
Israel, Amerika, Eropah, Kuasa-kuasa Besar dan sebahagian pemimpin umat Islam merancang jahat terhadap Palestin, tetapi Allah swt juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Kita berdoa dan berusaha semoga Gaza yang telah musnah infrastrukturnya akan segera dipulihkan, kehidupan akan kembali ke tahap normalnya secepat yang mungkin, pintu lintas Rafah yang ditutup Mesir akan segera dibuka dan Israel akan dilenyapkan dari peta dunia. Moga Allah merahmati para syuhadak Gaza, menerima mereka di SyurgaNya yang tertinggi, mencukupkan kehidupan para janda dan anak-anak yatim yang kehilangan tempat pergantungan dan kasih sayang. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.
Nota : Sumber dari http://www.inijalanku.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment