Tuesday, January 27, 2009

Ceramah NGO's Islam di Seremban

Seremban - Ceramah dan Solat Hajat Perdana untuk keselamatan umat Islam Palestin di Gaza telah diadakan baru-baru ini.Barisan pimpinan NGO's Islamyang menyampaikan ceramah berkenaan isu umat Islam Palestin adalah :

1.Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu Malaysia
merangkap Koordinator CIMMA
2.Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
AJK Muslim Care Malaysia
3.Ustaz Khairul Anuar Wafa
Bekas Penterjemah Al-Jazeera



Turut hadir dalam program tersebut adalah ADUN Paroi Hj Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi dan Setiausaha Surau Al-Mustofa (Hj Kassim Rahmat & Cikgu Hassan).

Ust Khairul Bekas Penterjemah Al-Jazeera


Cikgu Azmi, Presiden TERAS sedang menyampaikan ceramah

Penekanan utama yang diutarakan oleh Cikgu Mohd Azmi adalah satu tindakan politik hendaklah diusahakan untuk mengheret Perdana Menteri 'Israel' Ehud Olmert ke mahkamah antarabangsa atas kesalahan melakukan jenayah perang.


Selain daripada itu, beliau mahu semua NGO's dan umat Islam terus melakukan usaha meningkatkan kepedulian umat dan momentum yang ada sekarang ini jangan dibiar kendur berlalu begitu sahaja tanpa usaha yang gigih.


Pameran Keganasan Yahudi oleh JIM Negeri Sembilan

No comments: