Bagi kami sebagai sebuah organisasi NGO Islam yang tidak terlibat dalam politik kepartian, tidak bermakna kami tidak boleh memihak.Melihat situasi kemelut yang berlaku di Perak, pihak kami merasa terpanggil untuk menyatakan pendirian kami berasaskan yang benar itu haq. Sila lihat kenyataan daripada Koordinator Shura-Cimma merangkap Presiden TERAS Cikgu Azmi Abdul Hamid :
TERAS menegaskan bahawa kemelut politik negeri Perak yang kini sedang berlaku hendaklah dikembalikan keputusannya kepada rakyat .
Hanya ini sahaja yang wajar dilakukan kerana wakil rakyat yang telah keluar dari parti yang mereka wakili hendaklah kembali ditentukan oleh rakyat bagi memileh siapa yang mereka yakini akan menjadi wakil mereka pula.
Apatah lagi mereka telah pun dengan sedar akan implikasinya menandatangani surat aku janji dengan parti yang mereka wakili bahawa jawatan mereka sebagai wakil rakyat akan gugur bila mereka betindak keluar parti atau mengisitihar sebagai wakil rakyat bebas.
Apakah ini merupakan dokumen yang boleh diguna pakai dalam mahakamah atau tidak bukan persoalannya. Yang penting ialah tersirat dalam dokumen itu ialah tanggungjawab moral dan prinsip perjuangan yang perlu dijadi kayu ukur paling utama apabila sesiapa wakil rakyat ingin melepaskan janjinya dengan rakyat dan parti yang ia telah wakili.
Kami berpendirian bahawa mengambil kesempatan untuk mengambil alih kerajaan dengan cara ini adalah tidak beretika dan tidak betul.
Adalah sangat tidak wajar jika pergelutan untuk mendapatkan kuasa hanya diputuskan oleh tindakan beberapa gelintir orang wakil rakyat yang telah merubah bilangan komposisi kerajaan dan atas dasar itu pemerintahan beralih tangan.
Kami bertanya apakah suara rakyat yang telah memileh wakil rakyat tidak diambil kira? Jika hak wakil rakyat yang dipileh rakyat sahaja yang diambil kira , bagaimana pula hak rakyat?
Sementarar kami tidak bersetuju perubahan kerajaan dilakukan dengan cara wakil rakyat melompat parti atau mengistihar diri sebagai wakil rakyat bebas , kami juga tidak dapat menerima ujudnya wakil rakyat yang melanggar etika berpolitik dan akhlaq yang menjadi asas kepada keyakinan rakyat untuk memilehnya sebagai wakil rakyat.
TERAS dengan itu menegaskan bahawa pilihanraya kecil perlu diadakan setelah proses kuasa mengikut undang-undang yang diperuntukan kepada Yang diPertua Dewan Undangan Negeri dan Menteri Besar digunakan dengan betul.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
No comments:
Post a Comment