Tuesday, February 3, 2009

200 Rohingya perlu dibela

Sumber : Utusan Malaysia Online


Indonesia selamatkan lagi 200 Rohingya


BANDA ACEH 3 Feb. - Pihak berkuasa Indonesia hari ini menyelamatkan 200 pelarian Myanmar yang ditemui terapung di dalam sebuah bot kayu di luar pantai Pulau Sumatra, Indonesia.

Leftenan Tentera Laut, Tedi berkata, pelarian berkenaan adalah etnik Rohingya dari Myanmar dan mereka telah terapung selama tiga minggu selepas dihalau ke laut oleh tentera keselamatan Thailand.

"Seramai 20 pelarian berkenaan telah meninggal dunia dalam pelayaran mereka ke pulau Sumatera sebelum nelayan menemui mereka dalam bot kayu tanpa enjin.

"Pelarian terbabit memberitahu mereka telah dipukul sebelum dihalau oleh pihak berkuasa Thailand ke laut," kata Tedi.

Menurut beliau, pelarian terbabit terapung selama 21 hari di lautan. Kebanyakan mereka kini berada dalam keadaan yang kritikal dan sedang dirawat di hospital wilayah timur Aceh.

"Kumpulan itu turut memberitahu mereka terpaksa lari meninggalkan kampung halaman kerena telah dipaksa memeluk agama Buddha,'' ujarnya.

Pemerintah tentera Myanmar menafikan hak-hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya dan membawa kepada diskriminasi serta penderaan serta menyumbang kepada krisis kemanusiaan menyebabkan beratus-ratus etnik berkenaan melarikan diri menggunakan bot setiap tahun.

Pada 7 Januari lalu, sekumpulan 193 pelarian Rohingya iaitu kumpulan etnik minoriti Islam yang tidak bernegara dari timur laut Myanmar ditemui terapung di laut dalam sebuah bot kayu dan dibawa ke Sabang di wilayah Aceh. - AFP

No comments: