Monday, February 2, 2009

Kenyataan angkuh wanita besi Yahudi - Tzipi Livni

Livni : Gaza akan diserang sekali lagi

Isnin, 02/02/2009 - Kerajaan PA pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haneyya telah mengecam kenyataan pegawai-pegawai Israel yang mengancam untuk menyerang lagi Semenanjung Gaza, sambil menuduh Israel mencipta alasan untuk menggagalkan usaha damai Mesir. Perdana Menteri Ehud Olmert, Menteri Luar Tzipi Livni dan Menteri Pertahanan
Israel Ehud Barak telah mengancam untuk menyerang Gaza sekali lagi atas dakwaan pejuang Palestin menembak tiga roket ke kawasan jajahan Israel Ahad lalu. Kerajaan Palestin di Gaza menafikan tuduhan Israel itu.

“Tidak benar tuduhan Israel yang dikeluarkan untuk tujuan pilihan raya dengan mengorbankan darah rakyat Palestin”, kata Taher Al-Nuno, jurucakap kerajaan PA di Gaza sambil menuduh Israel “mencipta” alasan untuk merosakkan usaha damai Mesir serta menekan Warga Palestin agar menerima kediktatoran Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

No comments: