Monday, February 2, 2009

Apa perlu hormati 'Israel' yang tak hormati sesama manusia

Sumber : Utusan Online
Tzipi Livni minta Ankara hormati Israel

BAITULMAQDIS 1 Feb. - Menteri Luar Israel, Tzipi Livni hari ini meminta Ankara menghormati Israel, berikutan tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan (gambar) meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos setelah berlaku pertikaman lidah dengan Presiden Israel Shimon Peres mengenai Gaza pada Khamis lepas.

Livni dalam ulasan beliau yang disiarkan oleh radio awam menjelang pilihan raya umum di negara Yahudi ini pada 10 Februari ini berkata, hubungan antara kedua negara boleh dipulihkan.

"Kami menghargai hubungan strategik dengan Turki, oleh kerana itu saya harap Turki berpihak kepada Israel, walaupun banyak demonstrasi jalanan dan imej ngeri yang disiarkan mengenai Gaza.

"Semuanya boleh dipulihkan, kita harus berbincang dan berunding, mengekalkan kepentingan bersama dan mengenepikan perbezaan," ujar beliau.

Livni menyifatkan Hamas dan Iran membawa masalah untuk semua negara di rantau Teluk serta mengkritik Turki kerana menjadi negara pertama menerima delegasi Hamas selepas pertubuhan itu memenangi pilihan raya Parlimen pada Januari 2006. - AFP

No comments: