Tuesday, November 11, 2008

Siri Pemahaman 3 : Senario Umat & Cabaran Semasa

DI NEGARA UMAT ISLAM MINORITI

Antara negara dimana umat Islam hidup sebagai masyarakat minoriti adalah seperti USA, Kanada, UK, Perancis, German, Belgium, Russia, China, India, Jepun, Israel, Singapura, Thailand, Sri Langka, Mynmmar, Cambodia, Australia. Adalah penting untuk kita mengambil perhatian mengenai nasib umat Islam minoriti di Negara bukan Islam.

Pertama, kerana bilangan umat Islam minoriti adalah besar.


Kedua, kerana mereka sering menghadapi konfrontasi politik yang brutal dengan pemerintah. Ketidakadilan selalu menjadi isu yang utama dalam pertembungan itu.

Ketiga, kerana kaum Muslimin sepatutnya merasakan diri mereka sebagai satu ummah, jadi apa yang berlaku kepada suadara mereka di mana negara sekalipun, mereka perlu ambil berat.


Perjuangan Muslimin di Kashmir dan Palestin di Timur Tengah telah menarik ramai kaum Muslimin dari negara lain untuk membantu komuniti minoriti di kawasan-kawasan seperti ini.
Kempat, kerana perhubungan antara bukan Islam dan Islam sering dilihat sebagai konfrontal. Oleh itu dalam situasi tersebut pendapat semada kaum Muslimin harus berhijrah atau jihad atau memperkukuhkan kedudukan mereka di tempat dimana mereka bermastautin perlu diteliti.


Umat Islam sebagai komuniti minoriti di Negara-negara bukan Islam sejak lama sudah terhempit. Walaupun statistik menunjukkan bahawa kaum Muslimin adalah kaum minoriti yang terbesar di dunia namun nasib mereka benar-benar tertindas malah tidak sedikit yang mengalami tekanan brutal sehingga ke peringkat penghapusan etnik seperti yang berlaku di Bosnia.


Pada hakikatnya tidak sukar untuk memahami kenapa minoriti Muslimin sering dilihat sebagai bermasalah jika kita lihat keadaan mereka di Negara seperti India atau Israel. Diskriminasi adalah isu yang lazim yang dihadapi. Walaupun faktor sejarah dan politik sering menyebabkan penindasan ke atas orang Islam , tetapi faktor media juga yang menggambarkan Muslimin sebagai ganas dan suka memberontak turut menyumbang kepada prejudis yang berpanjangan terhadap orang Islam.


Seperkara lagi , kaum Muslimin umumnya tidak dapat menerima cara hidup sekular dan kerana itu sering berlaga dengan kerajaan . Di Bosnia iaitu bekas negara Yusgolavia , kelompok Serbia malah memghalau dan membunuh kaum Muslimin dalam operasi “ethnic cleansing”.

Hal yang sama berlaku kepada umat Islam di Chechnya , yang ditindas dan dibunuh oleh kerajaan Russia.


Berikut kami bentangkan beberapa penelitian terhadap Negara-negara bukan Islam terpilih yang membayangkan nasib umat Islam minoriti yang tertekan :
Eropah

Semenjak September 11 , umat Islam menjadi sasaran pencurigaan di negara-negara Eropah. Bukan sahaja masyarakat non Muslim yang mula bersikap pra sangka terhadap komuniti Islam , malah pihak pemerintah telah melancarkan pelbagai tindakan ke atas orang Islam melalui tuduhan teroris dan tindakan undang-undang. Undang-undang keselamatan untuk memantau orang Islam diperketatkan atas alasan ancaman terorisme.

Kedatangan imigran Muslim dari negara utara Afrika ke Eropah yang berlaku sejak tahun 1960an lagi telah dilihat mengancam masyarakat Eropah. Rasa tidak selesa jelas ditunjukkan dalam kehidupan harian mereka walupun ekonomi Eropah terdesak untuk mendapat tenaga kerja .

Namun pengangguran kaum Muslim di Eropah adalah 2 kali ganda berbanding masyarakat tempatan seperti di Belanda , Sweden , Denmark , dan Perancis. Malah seseorang yang bernama KeAraban akan berkemungkinan besar ditolak untuk ditawar kerja berbanding nama orang tempatan.

1.Eropah Utara :
Statistik 2005 menunjukkan Norway (5,000 Muslim – 1.04 % dari 4.6 juta) , Denmark ( 160,000 – 3.02% dari 5.4 juta), Sweden ( 280,000 – 3.1% dari 9 juta) , Estonia , Iceland , Latvia , Lithunia , Finland dan UK ( 1.48 juta – 2.5% dari 60.1 juta) yang terkenal dengan sikap toleran juga tidak sunyi dengan sikap prejudis terhadap umat Islam. Statistik 2005 menunjukkan sejumlah 1.9 juta umat Islam berada di Eropah Utara iaitu 1.9 % dari jumlah 95.70 juta populasinya .

Di Sweden ( 300,000 Muslimin – 3 %) , walaupun mengamalkan dasar multibudaya dan menerima masyarakat imigran namun kaum Muslimin sering dituduh sebagai penyebab pelbagai masalah sosial.

Manakala di Denmark ada 270,000 Muslimin ( 5% ) yang kebanyakkannya adalah pelarian dan asylum politik dari Iran , Iraq , Somalia dan Bosnia. Ketiadaan tempat tinggal dan pengganguran adalah antara masalah besar yang dihadapi oleh umat Islam. Namun rasa benci terhadap Islam ternyata tercetus dalam isu karikatur Nabi oleh akhbar tempatan , Lyland Posten pada 9 Februari 2006.

Turut menyiarkan kartun itu adalah media di Itali , Norway , Bulgaria , Sweden , UK , Perancis , German dan Sepanyol Keangkuhan pemerintahan dan kerajaan Denmark terserlah bila Perdana Menteri dan Ratu Permaisuri Margarethe II enggan meminta maaf kepada umat Islam mengenai penghinaan terhadap Rasulullah. Malah dalam satu bancian 79% warga Denmark berpendapat Fogh Rasmussen tidak perlu menyatakan maaf dan 62% mengatakan surat khabar itu hendaknya tidak minta maaf.

United Kingdom mempunyai jumlah Muslimin yang terbesar di Eropah Utara iaitu 1.6 juta (2.8%) dari jumlah 60.1 juta populasinya. Dalam bancian 2001 , satu pertiga kaum Muslimin di UK adalah dibawah 16 tahun , yang tertinggi dibanding dengan yang bukan Islam.

Namun situasi mereka tidak menyenangkan : pengganguran dikalangan Muslim adalah tinggi , kelayakan akedemik yang rendah dan pemilikkan rumah yang juga rendah. Kerajaan parti Buruh di bawah PM Tony Blair kini sangat dibenci oleh umat Islam kerana bersekongkol dan menjadi budak suruhan Amerika dalam isu Palestin , Iraq , dan Afghanistan..

Peristiwa bom di London pada 2005 telah meningkatkan kecurigaan pemerintahan terhadap umat Islam. Pihak keselamatan telah melaksanakan pelbagai tindakan yang melanggar Hak Asasi Manusia bila menangkap tanpa bukti sesiapa yang mereka anggap terlibat dengan terroris.

2. Eropah Barat:
Austria , Belgium , Perancis , German , Leichtenstein , Luxemburg , Monaco , Netherlands dan Switzerland mempunyai jumlah 10.5 juta umat Islam (5.67 %) dari jumlah populasi 185.13 juta orang.

Austria yang mempunyai populasi 8.2 juta , terdapat 339,000 Muslim (4.1%). Agama Islam diiktiraf sebagai agama resmi untuk beberapa tahun yang lama ketika Kerajaan Usmaniyyah memerintah. Vienna dianggap titik paling Barat yang ditakluki oleh dunia Islam dalam peperangan yang paling kritikal di Austria pada abad 16 yang menjadi titik mula jatuhnya kerajaan Usmaniyy.

Manakala di German kaum imigran Muslim ( 3 juta – 3.6%) dari jumlah 82.5 juta adalah antara sasaran golongan fanatik Nazi yang menyimpan sikap keras terhadap komuniti Muslim.

Kebanyakkan Muslim di German berketurunan Turki dan yang lain adalah pelarian dari Bosnia dan Kosovo ketika peperangan Balkan tercetus. Umat Islam disikapi sebagai “pekerja jemputan” (guest workers) yang dianggap satu hari akan meninggalkan German. Keganasan perkauman (ras) adalah sangat sensitif dan semakin kerap berlaku yang menyebabkan orang Islam hidup dalam kebimbangan.

Di Belanda (Netherlands) yang mempunyai 945,000 umat Islam (5.8%) dari 16.3 juta populasi , berhadapan dengan diskriminasi. Setelah seorang pembikin filem yang menghina Islam dibunuh pada 2004 oleh kononnya kelompok Islam radikal , kaum Muslimin sering di kaitkan dengan keganasan. Kalangan anak muda Islam didakwa terlibat dengan jenayah kerana pengganguran yang tinggi. Orang Islam ramai yang datang dari Surinam dan Indonesia pada tahun 1950an

Di Belgium terdapat 400,000 umat Islam (4%) dari jumlah 10.3 juta populasi. Islam adalah salah satu dari 7 agama yang diiktiraf di Belgium.Berlaku aduan mengenai diskriminasi , pengganguran , tiada tempat tinggal yang menegangkan keadaan. Terdapat juga insiden diskriminasi terhadap pakaian Islam dikalangan Muslimah.

Manakala di Switzerland terdapat 310,800 umat Islam (4.2%) . Switzerland ada 7.4 juta rakyat. Data resmi mengatakan bilangan Muslimin telah menjadi dua kali ganda dalam beberapa tahun ini tetapi ada sumber mengatakan ada 150,000 Muslim yang tinggal secara haram. Hanya segelintir yang mendapat kerakyatan.

Muslim datang sebagai pekerja pada 1960an kebanyakan dari Turki dan negeri bekas Yugoslavia dan Albania.Keluarga mereka datang pada 1970an diakhir-akhir ini sebagai pemohon suaka politik.

Perancis : Negara ini dianggarkan mempunyai 5-6 juta (8-9.6%) juta umat Islam dari jumlah 62.3 juta populasi (Negara Eropah dengan polulasi Muslim terbesar). Seramai 350,000 dari kaum immigran Muslim adalah pendatang haram dan yang memohon suaka politik.Kini Islam adalah agama kedua terbesar selepas Katolik Roman. Berdasarkan sebuah survey 1/3 orang Islam di Perancis mengakui Islam sebagai jalan hidup , dengan bersemangat berusaha menegakkan aturan Islam. Ertinya mereka ini penganut Islam secara kaffah yang melihat Islam sebagai landasan hidup secara total termasuk aspek sosial politik , ditengah Perancis yang sekular.

Negara yang mengistiharkan Sekularisme sebagai dasar negara dengan slogan Liberte , Egalite dan Fraternite ini memperlihatkan diskriminasi ke atas komuniti Islam diakhir-akhir ini dalam banyak polisinya.

Golongan Islam yang umumnya adalah golongan imigran menghadapi diskriminasi sosial-ekonomi-politik yang berat.. Umumnya orang Islam (imigran Muslim) hanya tersudut pada pekerjaan sektor informal seperti buruh , pencuci , penjaga taman dan lain-lain. Pengganguran imigran Muslim adalah 2 kali ganda lebih dari angka nasional iaitu 10.2%.Pengganguran imigran Muslim pada 1999 mencapai 33%. Kekecewaan sosial berlaku sehingga tercetus amukan sosial pada Oktober-November 2005.

Kelompok Muslim yang tertekan terutama selepas September 11 , 2001 menyebabkan orang Islam dicurigai setiap masa oleh pihak keselamatan. Sebuah undang-undang Law on Everyday Security ditegakkan pada 15 November 2001 yang memberi kuasa kepada polis untuk menahan atau memeriksa sesiapa tanpa arahan mahkamah.

ini 50% banduan di penjara adalah terdiri dari orang Islam malah di penjara polis boleh mencecah kepada 80%. Dalam beberapa tahun ini keganasan dan sikap tidak toleran terhadap kaum Muslim meningkat.

Kerajaan Perancis akhirnya mendirikan French Organization Against Islamophobia pada tahun 2003. Dikatakan 50 insiden keganasan ke atas orang Islam dikesan.

Persepsi awam terhadap orang Islam juga mendapati 34% bersikap negatif. Ini juga termasuk sikap negatif yang ditunjukkan oleh media.

Kerana simbol-simbol Islam semakin memarak , pemerintah dan golongan esktrem kiri dan esktrem kanan di Perancis merasakan sekularisme Negara dan identiti bangsa Perancis “sedang terancam” .

Langkah yang diambil ialah mencari cara memulangkan kaum imigran Muslim ke Negara asal dan memperketatkan undang-undang imigran. Untuk menyekat poligami dikalangan orang Islam , Civil Code sejak 1972 tidak melindungi isteri kedua dan anak-anaknya.

Elit politik Perancis memang menyimpan sentimen anti Muslim dengan menuduh imigran Muslim datang untuk menjajah Perancis. Undang-undang anti Jilbab diluluskan. Tindakan secara kekerasan terhadap orang Islam meningkat sebanyak 251% sejak 2004. Larangan memakai simbol ugama (seperti kupiah , tudung…) dikuatkuasakan sejak Februari 2004 walaupun termasuk untuk Yahudi dan Nasrani akan tetapi sasaran sebenarnya adalah ditujukan kepada orang Islam.

Kebanyakan orang Muslim menghuni dikawasan ghetto di kawasan bandar. Manakala status pendidikan kaum muslim ialah 16% berpendidikan tahap tinggi , 28% tahap menengah dan 56% pendidikan tahap rendah.

Tiada ahli parlimen Muslim dalam negara Perancis. Namun French Council Muslim faith (ditubuhkan pada Mei , 4 , 2003) dan seorang Presiden dilantik iaitu Dalil Boubakeur . Terdapat beberapa organisasi Islam utama iaitu Masjid Paris (1926) dibiayai oleh Algeria , National Federation of Muslim France (1985) ditaja oleh Moroko , Union of Islamic Organization in Europe (1983) cawangan Perancis. Dan Jammah Tabligh yang menumpu kepada kawasan Muslim yang mundur.

3.Eropah Timur

Ia terdiri dari Belarus , Bulgaria , Czech Rep. , Hungary , Moldova , Poland , Romania , Russia , Slovakia dan Ukraine. Terdapat 29.07 juta umat Islam (33.04%) dari populasi 297.3 juta di Eropah Timur.

Russia sendiri terdapat 27.65 juta kaum Muslimin ( 19%) dari 143 juta penduduk .. Sejak Islam masuk ke Russia pada abad 7 Masehi ketika Azerbaijan jatuh pada 642 M , Islam tumbuh terpesat di Russia berbanding di negara-negara Eropah. Sejak Revolusi 1917 , Islam ditindas oleh regim komunis.

Konflik utama yang menjadi perhatian sekarang selepas disintergrasi Soviet pada 1991 ialah terhadap Chechnya. Presiden Russia , Vladamir Putin , cuba mengguna strategi berbaiik-baik dengan dunia Islam dengan turut serta dalam persidangan OIC pada 2003 di Malaysia dan mengiktiraf kemenangan HAMAS di Palestin.

Namun penindasan terhadap umat Islam Chechnya sejak 1995 sangat ganas dan tidak mudah dimaafkan oleh dunia Islam. Umat juga tidak mungkin lupa apa yang Russia lakukan ke atas Afghanistan yang mengorbankan ribuan nyawa pada akhir 1970an.Tokoh pejuang Islam seperti Amir Khattab dan Syamil Basayev di Chechnya menjadi buruan tentera Russia.

4.Eropah Selatan

Terdiri dari Albania , Andora , Bosnia Herzegovina , Croatia , Greece , Itali , Macedonia , Malta , Portugal , San Marino , Slovenia , Sepanyol , Yugoslavia (Serbia & Montenegro). Mempunyai 9.42 juta umat Islam 6.26 %) dari 150.53 juta penduduk Eropah Selatan.

Terdapat 70% dari penduduk Albania adalah Muslim (2.17 juta) dari 3.2 juta penduduk. . 30% penduduk di Macedonia adalah Muslim (630,000).

Yugoslavia terdapat 19% Muslim (2.03 juta) dari jumlah 10.7 juta penduduk. Ia terdiri dari Serbia dan Montenegro , 405,000 (5%) dan Kosovo , 1.8 juta (90%) Muslim. Islam adalah agama kedua terbesar selepas Ortodoks Serbia dengan kaum Muslimin sebanyak 5% dari populasi dan meningkat kepada 20% di Montenegro.

Pada akhir 1990an berlaku konflik antara Kosovo Liberation Army yang disokong oleh etnik Albania.- majoriti adalah Muslim – telah bangkit untuk memberontak terhadap pemerintahan Serbia.

Presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic dengan gagasan “gerater Serbia” telah melancarkan ” ethnic cleansing” ke atas populasi Kosovo Albania. Ribuan terkorban dan menjadi pelarian.. Nato hanya hantar tentera pada Mac dan June 1999 dengan mengebom 78 hari untuk menghalang tentera Serbia dari terus menceroboh Kosovo dan Kosovo dilindungi dibawah PBB. Serangan keatas rakyat Kosova maseh berterusan.

Kini perundingan untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Kosovo oleh etnik Albania maseh diteruskan anatara Russia , US dan Kosovo Contact group yang diberi tempoh 120 hari..

Cadangan envoi khas PBB dari Finland , Martti Attisaari mengusulkan Kosova diberi kemerdekaan dibawah penyeliaan PBB dan EU. Namun ini ditentang kuat oleh Russia dengan dakwaan hak komuniti Serbia perlu dijamin. Sebenarnya pertalian Russia dengan Serbia adalah dari pengangan Kristian orthodoks yang satu.

Majlis keselamatan telah mengeluar Resolusi 1244 untuk memungkinkan proses kemerdekaan dan penyeliaan terhadap Kososvo dimulakan.

Sepanyol pula mempunyai 1 juta umat Islam (2.3%) dari penduduk berjumlah 43.1 juta. Moorish Islam memerintah Sepanyol selama 8 abad sehingga berakhir pada 1492. Ia meninggalkan sebuah warisan Islam yang kuat terutama dalam arkitektur. Populasi Muslim moden mula hadhir dalam jumlah yang banyak pada 1970an.

Sepanyol mengiktiraf Islam termasuk membenarkan pendidikan Islam disekolah dan mendapat cuti keagamaan. Namun terdapat ketengangan terhadap imigran Muslim. Sepanyol merasai gegaran pada 2004 oleh insiden bom yang mengorbankan 191 orang di komuter di Madrid. Sejak itu orang Islam sangat dicurigai.

No comments: