KERJASAMA PROJEK KORBAN DI MINDANAO
- QURBAN FOR HUMANITY AND SOLIDARITY (QHS)
Anjuran Bersama
- QURBAN FOR HUMANITY AND SOLIDARITY (QHS)
Anjuran Bersama
ACT MALAYSIA & CIMMA,TERAS PENGUPAYAAN MELAYU
Rayuan kepada orang ramai dan pihak Jawatankuasa Masjid dan Surau untuk bekerjasama dan berkongsi sumbangan korban di masjid atau surau untuk saudara se Islam yang sangat memerlukan di daerah konflik khususnya Mindanao, Filipina.
Atas dasar kemanusiaan dan solidariti ummah, ACT Malaysia dengan kerjasama CIMMA TERAS Pengupayaan Melayu untuk memikul amanah ini.
KEADAAN UMAT ISLAM MINDANAO MASAKINI
Bumi umat Islam di Mindanao (Selatan Filipina) terus menerus bergolak sejak tahun 1521 Masehi lagi. Penentangan umat Islam terhadap penindasan dan penjajahan Sepanyol, Amerika Syarikat dan seterusnya Filipina menyebabkan keadaan sentiasa tidak aman dan stabil.
Mengikut statistic terkini dari agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), lebih dari 500,000 orang umat Islam Mindanao menjadi pelarian atau internally displaced people disebabkan oleh pertempuran di antara tentera Filipina dan kumpulan pemisah Moro Islamic Liberation Front (MILF). Mereka ini tinggal di khemah-khemah, dewan-dewan sekolah dan di mana sahaja tempat yang boleh dijadikan berteduh dan perlindungan dari panas dan hujan.
Baru-baru ini keadaan cuaca tidak menentu dan pernah berlaku banjir yang menyebabkan banyak kem-kem pelarian terpaksa dipindahkan.Difahamkan banyak agensi-agensi kerajaan, PBB dan NGO-NGO yang menghulurkan bantuan, tetapi keperluan masih mendesak untuk bantuan dilakukan oleh kita. Apa yang menyedihkan dan mendukacitakan kita, hampir tiada NGO-NGO Islam dan umat Islam seluruh dunia yang memberi bantuan seperti di Palestin.
KENAPA KITA HARUS MEMBANTU UMAT ISLAM MINDANAO?
Umat Islam Mindanao sangat memerlukan bantuan kita khususnya dari Malaysia sebagai jiran yang berdekatan.Bantuan yang diperlukan bukan setakat bantuan kebendaan semata-mata (makanan, ubat-ubatan dan sebagainya), tetapi dari segi suntikan semangat bagi memulihkan trauma yang menimpa mereka selama ini.
Jika agensi-agensi dan Negara-Negara Bukan Islam sanggup membantu umat Islam di Mindanao atas dasar kemanusiaan, kenapa tidak kita? Dari segi fiqh awlawiyyat, bantuan untuk umat Islam di Mindanao adalah menjadi satu yang dharuri dan perlu disegerakan. Jika perkongsian korban ini dilakukan di sana, kesannya amat besar jika dibandingkan di tempat kita.Ayuh umat Islam di Malaysia, bersamalah kita menunaikan tanggungjawab ini.
Nama Program : Qurban For Humanity And Solidarity [QHS]
Kos : RM290 satu bahagian lembu @ seekor kambing
Sasaran : 200 ekor lembu @ 1,400 bahagian
Sila hubungi Sekretariat Penganjur
1.Dato’Hj Mustafa Kamal Mohd Zaini (014-9228905 ACT Malaysia)
2.Sdr Suhaire Hj Sulaiman (019-2998345 CIMMA Teras Pengupayaan Melayu)
MBB 1550 1499 5886
No comments:
Post a Comment