SHURA-CIMMA –TERAS -Citizen International-ULAMA-Muslim Care
meet the archbishop to deliver letter to Pope Benedict
to pressure Philippine government to stop military action.
SHURA-CIMMA handing over letter to Archbishop to be delivered to Pope Benedict
Surat : Rayuan untuk meminta Angkatan Tentera Filipina (AFP) menghentikan serangan ke atas orang awan Moro & berundur dari Mindanao
Tuan Yang Terutama
MOST REVEREND MURPHY NICHOLAS XAVIER PAKIAM, DD
Archbishop’s Office Rumah Uskup Agung
528 Jalan Bukit Nanas
50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
MOST REVEREND MURPHY NICHOLAS XAVIER PAKIAM, DD
Archbishop’s Office Rumah Uskup Agung
528 Jalan Bukit Nanas
50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
Kami adalah sebuah pergerakan penduduk di Malaysia yang ditubuhkan untuk memupuk kesedaran, aktivisme dan sokongan terhadap isu-isu yang penting bagi kestabilan dan kesejahteraan kemanusiaan. Kami yakin bahawa kedaulatan undang-undang adalah lebih unggul daripada undang-undang yang dibuat oleh manusia, penindasan yang sentiasa berlaku menghasilkan ketahanan dan ketenteraan mungkin tidak dapat mengatasi kuasa popular itu.
Kami amat prihatin terhadap operasi ketenteraan di Mindanao yang telah meragut banyak nyawa dan menyebabkan kesulitan yang tidak terhingga kepada penduduk. Serangan udara oleh AFP ke atas Kem Mamaspano di Maguinanao mengakibatkan seorang rakyat awam terbunuh dan empat lagi cedera parah, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Untuk makluman tuan, menurut National Disaster Coordinating Council (NDCC) Filipina, kini terdapat lebih 500,000 individu yang dipindahkan, tidak mendapat perlindungan, dan mengalami trauma akibat peperangan di Mindanao sejak Ogos 2008. Kematian telah berlaku di tempat-tempat pemindahan disebabkan keadaan buruk yang wujud di sana serta pemakanan yang tidak mencukupi dan kekurangan perkhidmatan kesihatan.
Laporan NDCC menyatakan bahawa lebih 83 orang terbunuh dan lebih 100 lagi tercedera, kebanyakannya orang awam. Datu Piang, sebuah bandar di Cotabato Utara, telah menjadi tempat perlindungan bagi penduduk yang terjejas akibat peperangan. Daripada 20 buah kampungnya, hanya penduduk di lima buah kampung tidak dipindahkan. Kini ia menempatkan lebih 40,000 orang yang dipindahkan.
Kerosakan terhadap kehidupan dan harta benda telah menjadi semakin teruk. Oleh itu, atas alasan kemanusiaan, kami merayu kepada tuan supaya menggunakan pengaruh baik tuan untuk meminta Kerajaan Filipina menghentikan serangan dan memanggil semula tentera dari Mindanao, dan mengadakan semula rundingan damai. Ini adalah untuk memastikan orang awam yang tidak bersalah, terutama wanita dan kanak-kanak, tidak terus menderita dan keadilan serta keamanan mengatasi keganasan dan ketidakadilan. Penduduk yang tidak bersalah ini berharap dan mendoakan kebebasan, keadilan dan keamanan sebenar.
Hj Mohd Azmi Abdul Hamid
PRESIDENTeras Pengupayaan Melayu Malaysia
No comments:
Post a Comment