Saturday, December 6, 2008

Misi Kemanusiaan Gabungan NGO-NGO Islam ke Mindanao

7 Dis 2008 - Alhamdulilah hari ini, saya berkesempatan untuk bersama dengan Deligasi Kemanusiaan Mindanao yang bertujuan untuk melaksanakan sumbangan Ibadah korban rakyat Malaysia yang prihatin di sana.

Menurut Ketua Deligasi yang juga Presiden Yayasan Amal Malaysia, Cikgu Hussin Ismail sebanyak 32 ekor lembu dan 80 ekor kambing akan dikorbankan di sana hasil dari derma dan sumbangan orang ramai. Selain dari itu menurut beliau, bantuan perubatan juga akan dilakukan kerana bersama rombongan ini terdapat beberapa orang Pengamal Perubatan


Peserta Misi Mindanao Anjuran Yayasan Amal Malaysia

Yang menariknya di antara peserta yang turut serta adalah Juara Akademi Nasyid 2008 (TV9) Sdr Azhan Atan.Beliau ditugaskan untuk menghibur kanak-kanak yang mengalami trauma akibat banjir besar baru-baru ini dan juga mangsa peperangan.


Sdr Azhan Atan, Sdr Azmin (Wartawan Harakah) dan sukarelawan

Deligasi pada kali ini akan berada di Cotabato Mindanao selama 6 hari bermula dari 7hb -12hb Disember 2008 dan ia mencatatkan satu sejarah yang baru dalam misi kemanuasiaan bila bergabungannya NGO-NGO Islam (Yayasana Amal Malaysia, ACT & CIMMA Teras) untuk membantu rakyat Mindanao yang ditimpa kesusahan.Menurut Presiden ACT Dato' Mustafa Kamal sumbangan yang diterima pada kali ini adalah berganda dari kebiasaan dan ini menunjukkan petanda baik.


Turut menghantar rombongan ini adalah Presiden ACT Malaysia, Dato' Mustafa Kamal, Ketua Bantuan Kemanusiaan YAM, YB Dr Abd Rani Osman dan Pengerusi CIMMA Teras Negeri Sembilan Sdr Shamsul Kamal Hj Idris.




Presiden ACT Malaysia Dato' Mustafa Kamal, Ketua Bantuan Kemanusiaan
YB Dr Abd Rani bersama Cikgu Hussin ketika menyampaikan taklimat kepada peserta





No comments: