Monday, December 1, 2008

Bantuan Qurban & Derma Orang ramai masih diperlukan

Terkini :


"Menurut makluman yang diterima dari Ketua Deligasi Kemanusiaan Mindanao, Cikgu Hussin Ismail selaku Presiden Yayasan Amal Malaysia (YAM), bantuan masih diperlukan.Sumbangan dalam bentuk kewangan amat diperlukan".


Menurut beliau, "bantuan qurban kambing masih dibuka manakala bantuan qurban lembu telah ditutup". Kata beliau lagi, "deligasi kali ini akan berangkat ke Manila pada 7hb Disember sehingga 12 Disember 2008".


Selain daripada itu, "menurut jurucakap pihak CIMMA Teras Sdr Suhaire Sulaiman yang akan ke sana bersama rombongan Deligasi Kemanusiaan Mindanao juga menerima sumbangan dari orang ramai dalam bentuk kewangan sadaqah jariah". "Selain daripada itu ada individu yang melaksanakan ibadah qurban di sana (Lembu & Kambing)" kata beliau.


"Beliau merayu kepada orang ramai yang berhajat untuk berkorban atau menyumbang dapat menghubungi beliau secepat mungkin di talian 019-2998345 CIMMA Teras Pengupayaan Melayu /MBB 1550 1499 5886 " atau Yayasan Amal Malaysia (MBB 553010122090).

No comments: