Friday, December 19, 2008

Memorandum Penempatan Semula pelarian Palestin di Sempadan Syria-Iraq


SHURA-CIMMA delivered a memo to the Prime Minister’s office
in Putrajaya to request Malaysia to participate in
resettlement of the Palestinian refugees




Dipanjangkan Kepada

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Luar Negara Malaysia

Oleh
Delegasi Misi Lawatan NGO Malaysia


ke Tiga Buah Kem Pelarian Palestin Sempadan Syria Iraq


pada 9 hb - 13 hb November 2008
Dibawah penyeliaan pejabat UNHCR Damascus , Syria
Alamat Perhubungan :
Pengarah Citizens international ,


No.10 Jalan Masjid Negeri ,


11600 Pulau Pinang Malaysia


Tel/Fax :04-8284648 , cizs@streamyx.com



Kami dengan penuh keprihatinan dan keinsafan melaporkan misi lawatan kami ke tiga buah kem pelarian Pelastin yang bersempadan dengan Syria dan Iraq yang telah diberjaya dilakukan pada 9 hb - 13 hb November 2008 . Lawatan ini telah diselia oleh pejabat United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Damascus , Syria.



Kami telah menyertai misi tinjauan ini bersama dengan delegasi dari beberapa NGO dari 7 buah Negara lain iaitu Kanada , USA , Australia , Belgium , Netherlands , Sweden dan Chech Republic . Delegasi Malaysia terdiri dari 5 buah NGO yang di wakili oleh 5 orang perwakilan seperrti tercatit dibawah:



Delegasi tersebut adalah dari NGO berikut :



Australian Refugee Council
Canadian Council for Refugees
Citizen International, Malaysia / TERAS ( Mohd Azmi Abdul Hamid)
Dutch Council for Refugees
Flemmish Refugee Action
Human Rights First
Muslim Care Malaysia ( Zulkifli Wajihan dan Zakaria Latif)
Muslim Student Union, Malaysia (PKPIM) - (Mohamad Faisal Abdul Aziz)
Netherlands Refugee Foundation
Refugee Council USA
Refugees International, USA
Secretariate Assembly of Muslim Scholars Asia , Malaysia - SHURA ( Dr. Kamaruzaman Yusof )
Society of Citizens Assisting Migrants, Czech Republic



Tujuan misi lawatan ini adalah untuk melihat sendiri keadaan pelarian Palestin yang terperangkap di tiga buah kem pelarian di sempadan Syria - Iraq iaitu kem Al Waleed ( dalam Iraq berdekatan dengan sempadan Syria) , Al Tanf ( di antara Syria dan Iraq di “no mans land”) dan El Hol ( di dalam Syria dekat sempadan Iraq).



Pihak UNHCR Damascus telah mengatur lawatan kami untuk melihat situasi kem-kem tersebut dan membekalkan kepada kami latarbelakang maklumat setiap kem termasuk maklumat mengenai profail pelarian.



Matlamat akhir dari tinjauan ini adalah untuk mencari jalan penyelesaian sementara atau tetap untuk menempatkan semula pelarian tersebut di Negara ketiga agar penderitaan hidup diperkhemahan pelarian yang ujud sejak hampir 3 tahun itu dapat dihentikan terutama untuk menjamin masa depan anak-anak mereka.



Latarbelakang
Sebelum pencerobohan US pada 2003 , kira-kira 34,000 orang pelarian Palestin tanpa warganegara tinggal di Iraq terutama di Baghdad terutama di Baladiyat. Majoritinya datang ke Iraq semenjak 1948 setelah tertubuhnya Negara Israel. Selain itu ada yang datang ke Iraq bila mereka di halau dari Kuwait selepas perang Teluk pada 1991 . Populasi warga Palestin ini sejak itu telah melalui penderitaan berpindah randah dua kali sehingga pejadi pelarian yang tidak mempunyai tempat tetap disamping kehilangan hak hidup yang terjamin.



Sejak 2006 keadaan menjadi sangat tidak selamat di Iraq , sehingga ratusan ribu rakyat Iraq termasuk komuniti Palestin melarikan diri ke Negara-negara jiran. Namun komuniti Palestin tidak dibenarkan masuk ke Jordan dan Syria kecuali segelintir yang ditempatkan di kem El Hol di Syria Utara bersempadan dengan Iraq. Kumpulan kedua terperangkap di “no mans land” sepanjang 7 kilometer di kem Al Tanf. Manakala kumpulan ketiga dihalang masuk dan terpaksa berkhemah di kem Al Waleed dalam Iraq. Akibatnya 3,000 pelarian terperangkap di kem-kem ini dan 4,000 lagi berada dalam Syria secara tidak sah di Damascus .



Sejak keganasan di Iraq berlaku, kini 2.2 juta rakyat Iraq telah menjadi pelarian dalam negeri (IDPs) . manakala 2.5 juta lagi telah melarikan diri di Negara-negara jiran. Dianggarkan 60,000 orang rakyat Iraq menjadi pelarian dalam negeri setiap bulan , manakala 40,000 hingga 60,000 melarikan diri keluar dari Iraq setiap bulan. Bila Syria dan Jordan mengetatkan kemasukan ke dalam Negara tersebut pelarian Iraq menghadapi kesulitian untuk keluar dari Iraq. Manakala daerah yang lebih selamat di Iraq juga menjadi sangat sukar untuk mendapat jaminan keselamatan. Kini pelarian Iraq menjadi pelarian paling ramai di Asia Barat sejak 1948.



Sejak pencerobohan Amerika Syarikat ,warga berketurunan Palestin telah menjadi sasaran oleh beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk melakukan keganasan ke atas mereka akibat operasi ketenteraan AS yang telah menyuburkan konflik dalaman di Iraq berterusan.



Akibatnya berlaku perlanggaran hak asasi manusia serta keganasan ke atas warga keturunan Palestin di Iraq yang berleluasa termasuk penyiksaan , penculikan dan pembunuhan.



Fenomena warga Iraq melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa telah mengakibatkan jutaan penduduk Iraq telah melarikan diri ke Negara seperti Syria , Jordan , Kuwait dan Lebanon. Sehingga lawatan kami pada 9-13hb November 2008 , maklumat yang kami terima iaitu seramai 1.2 juta orang warga Iraq kini telah berada di Syria .



Situasi di kem-kem tersebut dalam laporan dan juga dari apa yang kami lihat berlaku adalah seperti yang dilaporkan dalam catatan delegasi kami iaitu :



Al Hol was originally built by the Syrian government for refugees it anticipated would flee from Iraq during the first Gulf War. It now houses about 340 Palestinians. Its location in Syria provides a measure of protection and stability compared to Al Tanf and Al Waleed. The problems stem from the camp’s extreme isolation and the restrictions placed by the Syrian government on the rights of the residents to travel and work. The Palestinians here had their travel documents confiscated by the Syrian government upon arrival. The residents are quite frustrated with their isolation and the fact that although they were the first group to leave Iraq they have yet to benefit from resettlement opportunities.



Al Tanf, with a population of 940, is one of the worst situated refugee camps in the world. It lies in the no-man’s-land between Syria and Iraq. It is completely exposed on one side to a highway, where trucks alternately speed by or sit idle for hours at a time waiting to make the border crossing. The site itself is in a culvert about 10 feet below the highway, making it a flood plain when it rains heavily. While about 300 people have been resettled out of the camp over the past year, the camp population is actually increasing as Palestinian refugees from Iraq are forced out of Damascus into the camp due to severe economic hardship and the lure of a solution to their tenuous situation.



Al Waleed, located inside Iraq just across the border from Al Tanf, was the last of the three camps to be established when the Iraqi authorities decided to prevent them from entering Syria altogether. With a population of 1,750, it is the largest of the three camps.




Like Al Tanf, it is located along the highway and has the added disadvantage of being close to a Multi-National Forces (MNF) military base, which does not provide any protection. Conditions in the camp have been abysmal, with poor shelter and lack of water and sanitation facilities, but UNHCR has just facilitated the transfer of the residents to a new camp on the other side of the highway. The school and health clinic remain in the original location, however, and the worry is that children will risk the dash across the highway rather than using an underpass that requires a round trip walk of nearly a kilometer. But the fundamental problem with Al Waleed is that it is in Iraq, where Palestinians remain highly vulnerable to violence from militias and the government.



Pelarian Palestin dari Iraq perlu segera mendapat penempatan semula.



Delegasi NGO Malaysia serta antarabangsa dengan ini mengesa agar kerajaan Malaysia membantu pelarian warga Palestin yang terbantut ini di sempadan. Syria-Iraq.



NGO kemanusiaan dan hak asasi manusia dengan ini menyeru kerajaan Malaysia serta semua komuniti antarabangsa supaya segera menempatkan semula 3,000 orang pelarian warga Palestin yang terangkap di kem pelarian yang telah kami lawati baru-baru ini.



Pelarian Palestin tersebut dari Iraq yang telah menghadapi pelbagai penderitaan termasuk ada yang diancam untuk dibunuh , penculikkan dan penyiksaan kebanyakkannya telah dinafikan hak untuk mendapat perlindungan dan hak sebagai pelarian. Kini lebih malang lagi mereka terpaksa hidup di khemah-khemah di tengah-tengah padang pasir yang terdedah kepada keadaan yang sangat memeritkan.



Kerajaan Syria dan pihak berkuasa Palestin (PLO) kini melihat pilihan untuk mengusahakan penempatan ke negara ketiga atas alasan kemanusiaan dan juga mengikut pilihan pelarian itu sendiri. Cabaran kini ialah kepada Negara-negara baru yang boleh menerima penempatan semula dengan kerjasama UNHCR untuk menerima pelarian Palestin dari Iraq ini bagi menutup tiga kem pelarian tersebut.



Manakala Negara-negara tradisi yang menerima penempatan semula mengetahui betapa pelarian tersebut sangat terdedah kepada kehidupan yang sangat rumit , akan tetapi sangat sedikit yang benar-benar bertindak untuk membantu.



Namun setakat ini Negara seperti Sweden , Iceland dan Chile sehingga ini telah menunjukkan tindakan melaksanakan operasi kemanusiaan yang segera.. Negara-negara lain yang lebih berupaya seperti AS , Kanada dan Australia telah digesa oleh pihak UNHCR untuk menerima penemapatan semula dengan bilangan yang lebih besar.



Dalam lawatan kami itu, pelarian Palestinin dari Iraq itu kebanyakannya menyatakan kesediaan mereka yang kuat untuk mendapat penempatan semula di Negara lain agar dapat hidup dengan lebih terjamin dan memperolehi hak sebagai pelarian yang sepatutnya. Walaupun begitu penempatan itu tidak akan menfaikan hak mereka untuk pulang semula ke tanah iar mereka di Palestin. Sekurang-kurang penempatan semula itu akan memberi keselamatan dan masa depan anak-anak mereka yang lebih baik.



Delegasi kami juga telah meneliti secara kolektif bahawa keperluan penempatan semula itu sangat mendesak dan berikut adalah kenyataan yang telah kami keluarkan bersama:



The high degree of trauma suffered by Palestinian refugees, their lack of legal status, the refusal of neighboring countries to grant them asylum, and the poor conditions in the camps all argue for third country resettlement as the best near-term solution for the camp population.




A solution to their plight is urgent, and despair and frustration are growing as they remain in limbo. “If we are unwanted, then just kill us all,” a 24-year-old man told a member of the delegation. A woman teacher added, “We’ve gone from running from fast death in Iraq to slow death in the camps.”



Third country resettlement offers hope, and is a real possibility.




First and foremost, both the Syrian government and the PLO offer no objection to resettlement, leaving it as the decision of the individual refugee. Each has formally recognized that resettlement in no way undercuts the exercise of the right of return.




Second, both traditional (Sweden) and emerging (Chile, Brazil, Iceland) resettlement countries have accepted members of this community in the last year with generally positive results.




Third, Palestinian refugees from Iraq are largely educated professionals with similar high expectations for their children. The Palestinian diaspora is vast, and there are strong networks of inter-communal support and solidarity.



A 10-country delegation of European Union member states recently visited Syria with a focus on Al Tanf. A logical and feasible solution to the resettlement challenge would be for these countries to empty Al Tanf, for non-EU member states such as Canada and Australia to focus on Al Hol, and for the United States to take the lead on Al Waleed, given its location inside Iraq. This comprehensive solution is the best way forward to end the slow death of Palestinian refugees from Iraq in the camps, and the international community needs to commit urgently and resolutely to make it happen.



Kami dengan ini menyeru kerajaan Malaysia mengambil inisaitif sebagai Negara Islam dalam OIC untuk segera mengambil tindakan bagi menjadi Negara penerima kepada program penempatan semula seberapa ramai pelarian Palestian dari kem-kem tersebut.




Ini bukan sahaja suatu tanggungjawab membantu mereka yang tertindas akan tetapi juga sebagai tanda persaudaraan Islam yang perlu dibuktikan dengan bantuan yang nyata untuk mengeluarkan mereka dari penderitaan yang sangat menyedihkan ini. Kerajaan Malaysia juga perlu mengesa semua Negara OIC bertindak membantu pelarian tersebut dari hanya menjadi penonton kepada usaha Negara-negara Barat untuk bertindak.

No comments: