Thursday, August 12, 2010

Maklumat terkini Aktivis Ramadhan Di Gaza

Berikut adalah emel yang telah dikirimkan oleh Presiden TERAS mengenai perkembangan lanjut program Ramadhan di Gaza.

Salam Ramadhan Kareem

Alhamadulillah kami sudah berada hari ke 3 di Gaza. Semua program dalam misi berjalan lancar.Misi bantuan sebagai simbol sokongan kepada rakyat Gaza telah diserahkan kepada PM Gaza , Ismail Haniyeh , Majlis Gabungan NGO Gaza , Mangsa Keluarga Shuhada, Majlis Ulama Gaza dan beberapa institusi pendidikan.

Sementara itu delegasi seramai 44 orang anggota MAPIM dalam Misi Ramadhan March for Freedom akan menjalankan tugas mencari fakta dalam beberapa aspek untuk mendapat situasi terkini Gaza termasuk pendidikan , kesihatan , ekonomi , infrastruktur , keadaan masjid dan institusi awam .Sebuah Laporan khas akan dihasilkan untuk menjadi
dokumen kempen dan lobi MAPIM kepada pelbagai pihak .

Kami menjadi tetamu pihak berkuasa Gaza dan mendapat penghormatan mengadakan pertemuan dengan PM Gaza dalam suatu majlis khas di pejabatnya.Turut hadhir adalah beberapa Menteri-menteri Kabinet. Dua anggota MAPIM Ramadhan di Gaza iaitu Nustapha dan Aswad Ismail yang menganggotai Mavi Marmara telah dianugerah dengan watikah penghormatan tertinggi oleh PM Gaza di mjalis tersebut.

Jadual seterusnya adalah untuk bertemu dengan beberapa NGO yang ada di Gaza , menziarah keluarga Shuhada dan sekolah , termasuk cuba bertemu dengan pegawai UNRWA dan OIC.

Sehingga ini kami telah dibawa melihat semua kawasan yang rosak teruk , melawat hospital dan kawasan dimana ramai orang awam telah terbunuh akibat serangan Israel pada awal 2009 yang lalu termasuk juga Universiti Islam Gaza.

Kami sedang menyenaraikan beberapa program lanjutan yang akan dilakukan oleh MAPIM dalam rangaka membantu Gaza dalam jangka masa panjang..

Dalam rangka merancang program jangka panjang , suatu perbincangan akan diadakan untuk mencadangkan program berkembar antara bandar , masjid , institusi pendidkan , universiti di Gaza dan Malaysia serta suatu cadangan pembinaan sebuah Hospital Kanak-kanak .

Insyallah kami akan berangkat keluar dari Gaza pada 14hb Ogos 2010 .

Sementara itu kami telah dapat bertemu dengan pelbagai rombongan dari negara lain yang juga kebetulan berkunjung di Gaza antaranya Bahrain , Afrika Selatan , Scotland , Britain , Turki dan Ireland untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Rakyat Malaysia boleh mengikuti berita terkini Ramadhan di Gaza MAPIM di Bernama Radio 24 , 93.9 Mhz , www.radio24.com.my , website marchforfreedom.org,astro awani , TV Selangor dan sinar harian

Salam dari semua

Cikgu Azmi
Ketua Delegasi Konvoi Ramadhan di Gaza MAPIM

No comments: