Showing posts with label Penerangan. Show all posts
Showing posts with label Penerangan. Show all posts

Saturday, January 24, 2009

Siri Penerangan Isu Gaza Palestin (2)

Sdr Suhairi Koordinator Selamatkan Al-Quds menyampaikan ucapan


Semalam 27 Muharram 1430H / 23hb Jan.2009, saya dan sahabat diberi kesempatan untuk melaksanakan sebahagian dari kerja-kerja amal Islami ; “Siri Penerangan Palestin” di sebuah sekolah “Sekolah Kebangsaan Pulau Besar” yang terletak di sebuah kawasan pendalaman di Rembau. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan, ramai yang hadir; guru-guru, penduduk setempat dan pelajar-pelajar sekolah yang kebetulan semasa cuti sempena Tahun Baru Cina mereka mengadakan kem motivasi pelajar yang dikendalikan oleh pihak sekolah.

Jazakallah kepada Sdr Izamri penduduk tempatan yang mengatur program ini dengan pihak sekolah.Nampaknya semua yang hadir tersentuh hati bila melihat klip video kekejaman tentera Yahudi laknatullah ke atas umat Islam Palestin.InsyaAllah, siri penerangan ini akan diteruskan dan dimohon agar diberi kekuatan kepada saya dan sahabat-sahabat saya. “Birruh Biddam, Naqdika Palestin”

Para Guru, Ibu-Bapa dan Pelajar yang hadir

Wednesday, January 21, 2009

Siri Penerangan Isu Gaza Palestin

Alhamdulillah bersemangat saya untuk memberi penerangan berhubung isu terkini Gaza Palestin di Sek Men Agama Pedas tadi.Kehadiran adalah dianggarkan lebih kurang 700 orang.
Sesi penerangan pada kali ini dimulakan dengan Solat Hajat.

Pelajar-Pelajar yang hadir

Sedikit kelewatan malam ini disebabkan litar pintas dan menyebabkan sebahagian plug tidak dapat berfungsi.Mungkin ujian bagi kami...tetapi berkat doa semua adik-adik dan sebahagian guru/ustaz yang hadir keadaan pulih dan sesi penerangan klip video dapat diadakan..Alhamdullilah.

Sesi penerangan pada kali ini diadakan dengan lampu dipadamkan....suasana gelap yang bercahaya hanya LCD.Memang dalam klip video yang ditayangkan itu ada sebahagian cerita sengaja digelapkan, yang kedengaran hanya bedil roket dan tembakan peluru.

Keadaan gelap semasa tayangan klips video


Kelihatan para pelajar yang hadir gelisah....rupanya baru sedikit slot gelap sudah mengelisahkan para hadirin.Bayangkan inilah yang dihadapi oleh umat Islam Palestin yang sentiasa bergelap sebab tiada bekalan elektrik.

Pendek cerita siri penerangan pada kali ini menaikkan semangat sahabat saya yang turut serta.Sehabis sesi penerangan kami dijamu...penduduk Gaza di Palestin entah apa yang dijamah. Kesyukuran perlu dipanjatkan kepada Allah SWT...kita belum diuji.Umat Islam Palestin dah biasa dengan ini.Ayuh kita bertindak untuk bantu umat Islam Palestin yang ditindas oleh regim Zionist dengan kita menghulur bantuan semampu yang terdaya.


Sumbangan yang diberikankepada Koordinator Selamatkan Al-Quds


Semangat yang diambil dari sesi kali ini tak disia-siakan oleh sahabat saya, dengan mereka bertindak menggantung pemidang sesi Ceramah & Solat Hajat Untuk Rakyat Palestin yang bakal diadakan di Seremban pada 25hb Jan, 2009 yang membariskan pimpinan-pimpinan NGO's seperti Cikgu Mohd Azmi (TERAS Pengupayaan Melayu), Ust Wan Azhar (Muslim Care) dan Ust Khairul Anuar Wafa (Ex Penterjemah Al-Jazeera).


Semangat yang tak luntur demi perjuangan Islam di bumi Palestin

InsyaAllah, jika diizinkan oleh Allah SWT, sahabat saya dari Yayasan Amal Malaysia (YAM) akan turut bersama sekembalinya dari Bumi para ambiya' Gaza, Palestin.Semoga usaha yang sedikit dinilai oleh Allah SWT sebagai salah satu amal kebajikan kami kepadaNya.

Seeru 'ala barokatillah, "Birruh Biddam, Naqdika Palestin"