Showing posts with label Demo Gaza. Show all posts
Showing posts with label Demo Gaza. Show all posts

Friday, January 30, 2009

Tahniah Perdana Menteri Turki

Sumber : AFP

PM Turki tinggalkan sidang Davos kerana Gaza
DAVOS 30 Jan. - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini semalam selepas terlibat dengan pertikaman lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik di Genting Gaza.
Recep berikrar tidak akan kembali semula menyertai forum itu, yang dihadiri oleh elit politik dan perniagaan dunia.Dalam detik-detik paling dramatik yang jarang dilihat berlaku pada forum Davos, Recep berjalan keluar meninggalkan dewan di hadapan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan anggota panel lain dengan mendakwa, beliau telah dipaksa memendekkan kenyataannya mengenai perang itu.
'Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini kerana anda tidak membenarkan saya bercakap,' kata Perdana Menteri itu sebelum beredar, meskipun beliau malam tadi menyatakan kesediaan untuk menimbangkan semula keputusannya itu.
Recep mengkritik hadirin yang terdiri daripada tokoh korporat dan politik antarabangsa kerana memberi tepukan selepas Peres dengan penuh emosi mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza, sehingga menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban.
Beliau yang mengetuai segelintir negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel menyifatkan apa yang dilakukan oleh Israel di Gaza sebagai tindakan 'tidak bertamadun.
''Saya berasa sangat sedih kerana hadirin bertepuk tangan selepas tuan (Peres) berucap kerana ramai penduduk (Palestin) telah terbunuh,' katanya kepada Peres sebelum dicelah oleh pengerusi sesi iaitu wartawan Washington Post, David Ignatius.
'Kita tidak boleh memulakan perbahasan semula kerana kita kesuntukan masa,' kata Ignatius kepada Perdana Menteri Turki itu.Peres sebelum itu mendakwa Israel terpaksa melancarkan serangan ke atas Hamas kerana ribuan roket dan mortar telah dilancarkan ke wilayah Israel.
Sambil meninggi suara dan menuding jari ke arah Recep, beliau berkata, Turki sudah tentu bertindak sama jika roket dilancarkan ke Istanbul.Ki-moon, Recep, Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa dan Peres duduk dalam satu barisan untuk menyertai perbahasan itu dan kesemua mereka membuat kenyataan panjang lebar mengulas mengenai konflik tersebut. - AFP

Friday, January 16, 2009

Sekitar Program Demo & Taklimat Isu Palestin


Sekitar Demo Aman di Masjid Bandar Baru Senawang


Demo Gaza Palestin di perkarangan Masjid Klana Petra

Kanak-Kanak kecil pun mengerti dan menyokong perjuangan
Umat Islam Palestin

Sekitar Demo Gaza Palestin di Masjid Klana Petra

Sesi Taklimat Ringkas Isu Kekejaman Yahudi Laknatullah

Kutipan Dana Tabung Infa' RM1 Juta Untuk Gaza Palestin

Penyerahan Sumbangan untuk
Tabung Infa' RM1 Juta Untuk Gaza Palestin

Sunday, January 11, 2009

Khaibar..Khaibar.. Ya Yahud..

Laungan
"La Syarkiyyah, La Gharbiyyah.. Wahdah. Wahdah Islamiah.."
"La Ilaha Illa Llah, Muhammadur Rasulullah".
"Khaibar..Khaibar.. Ya Yahud.. Jaisyu Muhammad Saufa Yaud".
"Ya Syabab..Ya Syabab.. Hayya Bina Ila LIslam."
berkumandang di hadapan Kedutaan Mesir yang mendesak agar Kerajaan Mesir yang diketuai oleh PM Honi Mubarak membuka laluan di Rafah agar bantuan umat Islam dari seluruh dunia dapat masuk ke Semenanjung Gaza.





Tahniah kepada semua Mahasiswa-mahasiswa yang bangkit menyatakan sokongan ke atas Umat Islam di Palestin. Buktikan Pemuda-Pemudi Islam adalah Pembela Agama. Seeru 'ala barokatillah.

Thursday, January 8, 2009

All Over The World Today 9-1-2009



Today 12 Muharram 1430
9-Jan-2009
Today all over the world, Muslim community (NGO's, Political body and etc) will conduct a demo condemn against Zionis Terrorism and to show a full support for Palestine people.


Down! Down! Down Israel!

Down! Down! Down Al-Yaahud!


Life! Life! Life ISLAM!


AllahuAkbar!

AllahuAkbar!

AllahuAkbar!