Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

10 Pembohongan Besar Media Berkenaan Israel

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk “Israel, let’s talk about it”, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.



sumber : http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=4274

Sunday, November 16, 2008

Keganasan - Jangan dikaitkan dengan Negara, Bangsa atau Agama

NEW YORK, 16 Nov. : China menentang perbuatan yang mengaitkan keganasan dengan sesuatu negara, bangsa atau agama, dan amat prihatin kepada berbangkitnya kembali fahaman melampau seperti fahaman anti-Islam dan fahaman Fasis baru.


Demikian antara kandungan ucapan Wakil China ke PBB, Duta Besar Zhang Yesui telah berucap di Perhimpunan Agung PBB semalam.

Zhang Yesui telah menghadiri satu mesyuarat peringkat tinggi yang bertema "menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara agama dan budaya yang berlainan melalui dialog untuk kedamaian".

Beliau menyatakan dalam ucapannya bahawa dengan masalah global yang semakin menonjol, nasib negara-negara di dunia menjadi berkait rapat. Pada masa yang sama, pertikaian antara pelbagai peradaban akibat diskriminasi terhadap bangsa dan agama juga semakin meningkat.

"Walaupun asal usul dan perkembangan agama dan budaya berlainan, namun, semuanya merupakan penghabluran kebijaksanaan manusia, dan ia memberikan sumbangan kepada kemajuan dan perkembangan masyarakat manusia.

Maka, ia perlulah dihormati."Mesyuarat peringkat tinggi yang dianjurkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah ini dirasmikan di ibu pejabat PBB di New York kelmarin.

Antara lebih 70 orang pemimpin kerajaan dan pegawai kanan yang menghadiri mesyuarat selama dua hari itu, termasuk Presiden A.S., George W. Bush; Perdana Menteri Britain, Gordon Brown; Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari; Presiden Israel, Shimon Peres; dan Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad.

Para peserta telah membincangkan kaedah menggalakkan toleransi dan pertukaran pandangan antara agama dan budaya yang berlainan untuk kedamaian dunia.Zhang Yesui menyatakan bahawa China menganjurkan rasa hormat-menghormati terhadap perbezaan dan usaha menyelesaikan konflik secara damai.

China sentiasa menentang fahaman melampau, diskriminasi agama dan bangsa."China menganjurkan agar membantu pemuda mewujudkan pandangan yang betul terhadap peradaban dan dunia melalui pendidikan.

Pemuda merupakan masa depan masyarakat manusia. Kerajaan negara-negara di dunia patut mengambil tindakan yang berkesan dalam jangka panjang untuk menyebarkan fahaman kedamaian yang bertoleransi, memahami dan menghormati budaya dan agama yang berlainan.

"Zhang Yesui juga menegaskan peranan media massa dalam usaha tersebut."China menganjurkan agar pihak media memikul tanggungjawab masyarakatnya, memainkan peranan sebagai utusan yang menyebarkan kedamaian dan kebudayaan, menggalakkan masyarakat yang bertolak ansur, bertimbang rasa dan harmoni.

Sebagai penyebar maklumat, media massa perlu mengutamakan kualiti berita, dan menyampaikan maklumat yang benar dan bermanfaat, memelihara moral dan keadilan masyarakat, mengelak daripada menyebarkan fahaman yang menghasut dan menghina yang mengakibatkan pertentangan antara agama dan budaya.

"Zhang Yesui menyatakan lagi bahawa kerajaan China sentiasa menyokong dan aktif menyertai usaha-usaha yang dibuat oleh masyarakat antarabangsa untuk menggalakkan dialog antara agama dan budaya.

Dialog Agama Berlainan, Sidang Asia-Eropah ke-3 telah diadakan di China pada tahun lalu, dan diluluskan Perisytiharan Nanjing. Kerajaan China juga menyertai beberapa inisiatif dan mekanisme anjuran PBB yang berhubung dialog antara peradaban yang berlainan.

Akhirnya, beliau berharap inisiatif dan mekanisme tersebut dapat saling melengkapi, memainkan peranan sebagai jambatan bagi komunikasi dan kerjasama, menggalakkan perkembangan masyarakat manusia dan memberikan sumbangan bagi pembangunan dunia yang harmoni.


Gesaan Damai : Filipina dan MILF

MANILA - Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) semalam menggesa kerajaan Filipina dan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menghentikan pertempuran bagi mengelakkan risiko terhadap orang awam dan gangguan terhadap proses damai.


Kerajaan Filipina pimpinan Presiden Gloria Macapagal Arroyo dan MILF perlu memulakan rundingan damai dan menghentikan sebarang pertempuran yang tercetus sejak April lalu, kata Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu.

Dalam tulisannya di laman web pertubuhan tersebut, beliau berkata pertempuran di Mindanao akan memberikan ruang kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan mengganggu proses damai.



Ekmeleddin berkata kedua-dua pihak perlu bertindak mencari jalan penyelesaian kreatif bagi meneruskan proses damai itu. Dalam pada itu Arroyo yang ditemui di New York kelmarin menyifatkan kestabilan adalah penting dan perlu dikukuhkan terlebih dahulu sebelum rundingan damai dapat dimulakan.

Jurucakap MILF, Eid Kabalu pula berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk berunding jika kerajaan ikhlas mengiktiraf tanah orang Islam. “Pintu kami sentiasa terbuka untuk berunding,” kata Eid.

sumber http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2151633.asp

Sunday, November 2, 2008

Online di radio IKIM


Hari ini 3 Nov 2008 jam 3:00ptg

Temuramah berhubung Isu Umat Islam Mindanao bersama :


1.Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid

Presiden Teras Pengupayaan Melayu

2.Dato' Hj Mustafa Kamal Mohd Zaini

Presiden ACT Malaysia