TERAS PENGUPAYAAN MELAYU ( TERAS )
S 14, TINGKAT 2, SP PLAZA, SUNGAI PETANI KEDAH
019 – 4744856 / 019 – 4818687 / 016 – 4731816
KENYATAAN MEDIA
22HB FEBRUARI 2011
TERAS GESA ATASI SEGERA GEJALA MINUM ARAK DIKALANGAN GENERASI REMAJA
TERAS menggesa pihak berkuasa dan seluruh pemimpin masyarakat dikalangan NGO dan badan politik segera bertindak untuk mengatasi gejala minum arak yang semakin berleluasa di Bandar Sungai Petani khususnya dan negeri Kedah amnya.
Tinjauan TERAS sejak dari pemerhatian lapangan yang dilakukan bersama Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ) di Sungai Petani pada tahun 2009 hingga kini menunjukkan gejala ini terus merebak dan bertambah.
TERAS mendapati remaja kini sangat mudah terangsang untuk minum arak akibat iklan yang mudah dilihat dikedai-kedai makan serta saluran membeli arak yang juga mudah didapati.
Tinjauan TERAS di kawasan lepak remaja seperti stesen bas, peninggalan perumahan setinggan, di kampung Selut, pusat membeli belah terkemuka di Sungai Petani, dan pusat rekreasi mendapati amat berleluasa botol-botol muniman arak disekitarnya dan ianya menunjukkan sagat ketara gejala ini berleluasa dikalangan remaja.
Bukti yang jelas dapat kami lihat dari tempat-tempat lepak anak remaja yang dipenuhi dengan botol-botol arak yang bersepah.
Kami mendapati disatu tempat tinjauan TERAS pada 19hb Feb. 2011 lalu, di Kampung Selut, Sungai Petani, Lokasi Rumah peninggalan setinggan dikampung tersebut, mendapat remaja seusia 12 tahun menjadikan tempat tersebut melepak, dan disekitar rumah tersebut bersepah dengan botol-botol minuman arak.
TERAS juga mendapati saluran membeli arak dikalangan remaja sangat mudah kerana kedai yang menjual arak kepada remaja juga agak banyak di Bandar ini termasuk kedai 24 jam serbaneka.
Arak yang murah menjadi pilihan remaja seperti jenama, Thai Song, Thai Gilr, Siam Kala, Lycheer, Old Wisky, Gold Rush dan Lain-lain lagi. Harga nya serendah RM 3.50 sebotol hingga RM 12.00.
TERAS juga mendapati rangkaian kedai serbaneka 24 jam juga dibenarkan menjual arak dan ianya diletak bersebelahan dengan minuman berkarbonat yang lain.
Membeli dan meminum arak ternyata menjadi fenomena yang luas dan TERAS berpendapat ia berada diperingkat kritikal.
TERAS menggesa supaya syarat penjualan dan minum arak diperketatkan seperti yang dikuatkuasakan di negeri Kelantan sejak 01 julai 1993 dimana meminum arak ditempat awam, di Hotel, kedai makan, dan restoran adalah dilarang.
TERAS mendesak agar pihak berkuasa menyemak semula pengeluaran dan pembaharuan lessen menjual arak di Sungai Petani khususnya dan diseluruh Kedah amnya.
TERAS menuntut supaya pihak berkuasa menghadkan pengeluaran lesen menjual arak seminima mungkin agar gejala membeli dan meminum arak dengan mudah dikurangkan dikalangan remaja.
Pihak Jabatan Kastam dan Eksasi digesa supaya melakukan tinjauan agar semua syarat penjualan arak dipremis-premis perniagaan dipenuhi. Jika tidak tindakan tegas membatalkan lesen hendaklah dilakukan.
TERAS juga menggesa supaya kempen besar-besaran terhadap bahaya serta mudarat arak dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Semua peringkat agensi kerajaan dan badan – badan NGO hendaklah digembleng untuk mengatasi fenomena yang merbahaya ini berterusan.
MOHD AZMI ABDUL HAMID
PRESIDEN TERAS
Gambar : Mohd Azmi Abdul Hamid dan Kamaruddin Kassim menunjukkan Gambar remaja yang meminum arak dan botol arak yang mudah diperolehi disekitar Bandar Sungai Petani ( Tempat Remaja Melepak ).
Gambar : Botol – Botol arak mudah dilihat disekitar Bandar Sungai Petani di tempat remaja melepak. Ada sesetengah botol arak ini mempunyai tag yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Eksasi. Gambar : Botol – Botol arak mudah dilihat disekitar Bandar Sungai Petani di tempat remaja melepak. Gambar Bawah : Remaja yang telah memunim arak tidak sedarkan diri setelah 2 botol dimunim.
No comments:
Post a Comment