Monday, May 31, 2010

Freedom Flotilla - Delegasi Malaysia Di Barisan Hadapan

Monday, 31 May 2010 02:11 Editor


Armada kapal yang membawa bantuan kemanusiaan dan beratus-ratus aktivis pro-Palestin telah meninggalkan wilayah Cyprus untuk menuju Gaza.

”Freedom Flotilla” adalah gabungan beberapa buah kapal dan bot dianjurkan oleh sebuah NGO Turki, Insani Yardim Vakfi (IHH) dan ‘Free Gaza Movement’ (FGM) berpengkalan di Amerika dan Eropah.

Kumpulan bot dan kapal FGM berlepas dari pelabuhan di Ireland, Greece pada minggu lalu.

(Gambar - Ketua Delegasi Malaysia Norazman Shamsudin, vast cerah tengah, wakil Yayasan Amal Jamiludin Elias, paling kiri)

Manakala kapal induk Mavi Marmara yang membawa lebih 700 orang aktivis dan sebuah kapal kargo telah berlepas dari pelabuhan Yeni Antalya Turk .

Setelah beberapa kali tertunda akibat kerosakan teknikal, lima daripada sembilan kapal belayar melalui perairan antarabangsa menuju Cyprus.

Sesampainya armada tersebut di Cyprus, cabaran yang lebih berat terpaksa dihadapi apabila pihak berkuasa Cyprus tidak membenarkan kapal untuk berlabuh.

Tujuan mereka berlabuh di pulau itu adalah untuk menunggu ketibaan kapal-kapal lain yang akang bergabung menyertai armada tersebut.

Pihak berkuasa Cyprus mengenakan pelbagai kerenah birokrasi bagi menyukarkan pergerakan angota-anggota parlimen Eropah yang menunggu di pulai itu.

Akhirnya, mereka terpaksa menukar laluan ke daerah Cyprus yang dikuasai Turki untuk menaiki kapal menuju ke tempat di mana kapal Mavi Marmara sedang menunggu.

Dilaporkan, Cyprus bertindak demikian kerana memelihara hubungan pulau itu dengan negara haram Israel.

Setelah sehari menunggu di tengah-tengah laut Mediterranean, akhirnya konvoi ka[al-kapal tersebut telah berlepas menuju Gaza sekitar waktu Malaysia jam 7.00 petang Ahad 30 Mei.

Cabaran yang lebih hebat menanti di hadapan apabila Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan tujuh menteri kabinetnya pada hari Rabu 26 Mei memutuskan bahawa Israel Tentera Laut akan menghalang konvoi tersebut dari memasuki Gaza.

Netanyahu berkata tindakan akan diambil, termasuk dengan menggunakan kekerasan, akan mengarahkan kapal ke pelabuhan Asdod, Israel dan akan mengusir ratusan aktivis kapal ke negara mereka asal.

Armada kapal-kapal ‘Freedom Floatilla’ dilaporkan, akan tiba di perairan Israel pada hari Isnin, 31 Mei.

Kontra dengan kenyataan Netanyahu, Ketua Misi ‘Freedom Flotilla’ Malaysia, Norazman Shamsudin berkata, misi kemanusiaan tersebut telah bersiap sedia menghadapi ancaman mendatang.


Antara ancaman yang telah dikenalpasti adalah‘lanun jadian’ yang terdiri daripada puak Yahudi radikal.

Oleh itu, koordinasi peserta dan kapal telah dilakukan melalui majlis syura konvoi yang terdiri daripada 7 orang.

Katanya, delegasi Malaysia-Indonesia telah diamanahkan untuk menjaga keselamatan kapal induk, Mavi Marmara.

”Ancaman yang telah kita tahu, 16 kapal ‘lanun jadian’ sedang menuju ke perairan Gaza, terdiri dari kumpulan radikal pelampau Yahudi yang mahu menghalang kapal ini,

”Israel juga telah menggambarkan telah menghantar kapal perang yang akan menahan kapal ini,”katanya.

Menurutnya, delegasi Malaysia-Indonesia telah diamanahkan untuk menjaga pos-pos keselamatan penting kapal induk, Mavi Marmara.

”Apabila komando-komando (Israel atau lanun tersebut) menurunkan tenteranya, samada dari helicopter atau dari bawah (kapal),


”pasukan kita (Malaysia-Indonesia) akan menghalang mereka dari menguasai kapal ini,”tegasnya.

Oleh itu beliau berharap supaya seluruh rakyat Malaysia dapat meneruskan usaha berdoa dan mendirikan solat hajat bagi keselamatan seluruh konvoi ‘Freedom Flotilla’.

Dilaporkan, Tentera Laut telah mengadakan beberapa latihan untuk mempersiapkan untuk menukar kembali konvoi, termasuk mempersiapkan untuk kekerasan. Di laporkan, menelan kos puluhan juta dolar.

No comments: