Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan TERAS mengutuk pembunuhan saudara-saudara Islam yang sedang solat di Masjid Al Furqan di Wilayah Narathiwat pada selasa (9 hb Jun 2009) yang lalu.
Pergolakan di Thailand Selatan yang tidak mencapai sebarang pemulihan dan penyelesaiaan amat dikesali.
Tindakan menembak secara kejam ke atas mereka yang sedang solat di masjid tersebut tidak dapat di maafkan oleh umat Islam.
SHURA dan TERAS mengutuk dengan keras siapa sahaja yang terlibat dengan pembunuhan ini dan menuntut agar seluruh umat Islam bangkit untuk bertindak memelihara kesucian masjid dan keselamatan saudara seagama nya.
SHURA dan TERAS amat kesal betapa sejak pembunuhan lebih 30 orang umat Islam oleh tentera Thailand di di dalam Masjid Kerisik , Pattani pada April 2004 , kerajaan Thailand maseh gagal mengatasi konflik yang tercetus sehingga hari ini.
Kegagalan tersebut sehingga kini telah meragut lebih 3500 nyawa dan keadaan keselamatan di kawasan yang bergolak itu tidak dapat dipuleh.
SHURA dan TERAS berpendirian selagi hak umat Islam untuk dapat memerintah sendiri serta segala dasar diskriminasi dan undang-undang dharurat yang maseh dikuatkuasakan di 3 wilayah bergolak itu , selagi itulah umat Islam akan terus menjadi mangsa dan kemarahan mereka tidak dapat dibendung.
Ini ditambah lagi penangkapan , penculikan dan pembunuhan secara senyap terus dilakukan oleh pihak keselamatan Thailand ke atas mereka yang tanpa bukti dituduh sebagai pejuang pemisah.
Peristiwa di Tak Bai 2004 juga sehingga kini maseh belum diambil tindakan yang wajar ke atas pihak polis yang bertanggungjawab yang mengakibatkan lebih seratus orang awam terbunuh.
Kami tidak dapat menerima tuduhan melulu yang dilontar kepada golongan pemisah selagi siasatan tidak dilakukan. Pihak Thailand dan media tempatan sering kelihatan menggambarkan bahawa pejuang pemisahlah yang bertanggungjawab ke atas ketengangan yang berlaku.
Akan tetapi tindakan rambang pihak tentera dan polis Thailand yang menzalimi masyarakat Islam di kawasan selatan itu sehingga kini tidak pernah dipersoalkan.
SHURA dan TERAS juga menuntut agar Malaysia mengambil inisiatif segera supaya konflik di Thailand selatan dapat diselesaikan dengan perundingan damai melalui sidang khas ASEAN .
SHURA dan TERAS kini sedang bertindak mengembleng sebanyak 8,000 masjid di seluruh tanah air untuk mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat serentak pada hari Jummat , 12 hb Jun 2009. Kami menyeru semua imam-imam masjid bekerjasama melaksanakan solat hajat untuk menimbulkan kesedaran dan keprihatinan umat Islam Malaysia demi melindungi hak dan keselamatan umat Islam di Thailand.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung SHURA / Presiden TERAS

No comments:
Post a Comment