Tuesday, April 21, 2009

Terkini : Keganasan Yahudi Laknatullah

Sumber : Haluan Palestin
Keganasan Israel menangkap rakyat Palestin berterusan

April 21, 2009

Al-Khalil, 20 April 2009 - Tentera zionis Israel dilaporkan telah menangkap sehingga 10 orang rakyat Palestin termasuk seorang remaja 15 tahun dari kem pelarian Arub di utara Al-Khalil awal pagi Isnin. Laporan yang disiarkan Palestinian Information Center menyatakan mereka ditangkap di daerah Al-Khalil, Ramallah dan Bethlehem dan kemudiannya dibawa ke pusat-pusat soal-siasat.


Tentera zionis Israel telah mengenakan perintah berkurung ke atas perkampungan Kuful Hares di barat laut Salfit bagi memberi laluan kepada ribuan penduduk haram Yahudi memasuki kampung tersebut yang mereka dakwa sebagai kawasan Yahudi.


Pasukan polis Israel telah menangkap seramai lima orang rakyat Palestin di Askalan pada hari Ahad atas tuduhan memasuki daerah yang ditakluki pada tahun 1948 tanpa kebenaran. [HP/PIC]

No comments: