PERSIDANGAN NGO ASEAN
“GESAAN RAKYAT - TEGAKKAN KEADILAN DAN KEAMANAN”
Pusat Islam , Bangkok , Thailand
16hb Okober 2009
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang .
KAMI anggota dan aktivis NGO ASEAN bersama dalam Nusantara Inisiatif untuk Keadilan dan Keamanan (NADI) pada persidangan NGO ASEAN di Bangkok , Thailand pada 16hb Oktober 2009 ,
Mengingatkan tragedi sejarah yang telah memangsakan ramai rakyat di Myanmar, Thailand Selatan , Mindanao dan iktibar yang dapat dirumuskan bagi generasi masakini,
Menegaskan semula ASEAN ditubuhkan untuk mengujudkan hubungan multilateral antara Negara-negara di rantau ini demi kemanfaatan dan pembangunan bersama,;
Menerima keperluan mengalakkan inisiatif rakyat ke rakyat untuk mencapai keadilan dan keamanan di kawasan Asia tenggara,.
Mengingatkan semua Ketua negara yang telah mengistiharkan komitmen masing-masing pada AMM 17 - 24 July 2008 ke 41 di Singapore, mengenai pertanggungjawapan mereka ke atas rakyat ketika melaksanakan kerjasama dalam isu-isu bersama dan merumuskan langkah yang konkrit dan pratikal untuk membina kapasiti , dan membina kepakaran untuk kemajuan dalam bidang yang boleh mengujudkan keamanan kolektif,
Menegaskan semula matlamat untuk membina komuniti ASEAN berasaskan keadilan sosial , berekonomi mapan , berbudaya tradisi dan mengakar dan dinamik , sensitif kepada alam sekitar dan memberi ruang yang luas kepada penyertaan politik yang sihat,
Menegaskan kemajuan serantau berasaskan keadialan dan keamanan perlu dirangka merujuk kepada keperluan ekonomi , tradisi dan budaya rakyat tempatan,
Menegaskan semua konflik perlu ditangani melalui pendekatan yang aman berdasarkan keadilan , kebenaran dan hak rakyat,
Mengutuk pendekatan keras dari operasi tentara yang dilaksanakan oleh sebahagian kerajaan dalam ASEAN yang dilaksanakan atas nama membenteras keganasan , memburu pemisah , golongan yang didakwa radikal , Akibatnya ialah meningkatkannya konflik dan semakin mendalamnya ketidakadilan dan memangsakan rakyat melalui penangkapan yang tidak sah, penculikan , pembunuhan tanpa pembicara , penderaan , perampasan harta yang tidak sah , penggunaan undang-undang yang bersifat draconian dan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia,
Menolak semua campurtangan ekonomi, sosial-budaya , politik dan ketenteraan oleh mana-mana hegemoni kuasa luar semada secara terang atau sulit,
Mengambil perhatian mengenai konflik yang berpanjangan di Mindanao , Selatan Thailand , dan Mynmar yang memberi kesan buruk kepada perhubungan saling hormat dan usaha untuk mencapai penyelesaian yang adil.
DENGAN INI KAMI MENGESA SEMUA KERAJAAN ANGGOTA ASEAN SUPAYA:
• Menghormati mandat dan amanah yang telah diberi oleh rakyat untuk menjamin hak rakyat mendapat keadilan dan keamanan bagi hidup yang bermaruah dan mendapat keperluan asas dan menikmati pengagihan sumber Negara yang saksama,
• Tidak memileh pendekatan ketenteraan untuk mengatasi konflik tetapi menangani konflik dan pertelingkahan serantau secara aman dan menyeluruh dalam rangka mencari kerjasama dan saling hidup berjiran yang sihat , harmoni dan hubungan antara pemerintah dan rakyat yang baik,
• Mempromosi interaksi dan konsultasi antara Negara dan rakyat demi memenuhi keperluan menunaikan tanggungjawab kolektif untuki mencari penyelesaian kepada sebarang konflik dan pertelingkahan secara aman,
• Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa untuk mengalakkan perkongsian dan implementasi polisi yang berciri pro-rakyat. Usaha untuk menghasil amalan terbaik bagi menjamin keadilan dan memelihara dan mengutamakan kebajikan hidup rakyat ,
• Menyelesaikan dengan sertamerta nasib etnik Rohingya yang dinafi hak kerakyatan , konflik Selatan Thailand dan perjuangan Bangsamoro melalui konsultasi dan kerjasama kolektif antara Negara-negara anggota ASEAN berdasarkan keadilan dan hak rakyat yang sah,
• Berunding dengan kerajaan Myanmar, Thailand and Filipina untuk menekankan prinsip bahawa keselamatan dan situasi dalam negara mereka mempunyai impak kepada keselamatan dan situasi di seluruh rantau ini,
• Bekerjasama dengan komuniti antarabangsa dan masyarakat sivil dalam melindungi, membantu dan memberi hak kepada rakyat yang telah terusir dari tempat tinggal asal mereka akibat konflik atau penindasan .Akibatnya keadilan dinafi dan layanan yang adil seperti yang diharapkan oleh rakyat Negara masing-masing juga diketepikan.Kami menuntut supaya prinsip kemanusiaan universal diamalkan agar Negara-negara anggota ASEAN memberi hak kepada rakyat yang ditindas sehingga mereka dapat kembali ke tempat tinggal mereka yang asal dan kembali hidup bermaruah. Ini termasuk prinsip mengiktiraf mereka sebagai individu yang perlu kepada perlindungan dan tidak mencirikan mereka hanya sebagai pendatang tanpa dokument dan menginzinkan agensi antarabangsa untuk mendapat akses kepada mereka yang ditahan bagi menentukan status mereka,
• Memperundangkan Konvensyen Mengenai Isu Status Pelarian 1951, Protokol 1967 , Konvensyen Mengenai Status Warga tanpa Negara 1954 , the 1961 Konvensyen Mengurangkan Warga tanpa Negara 1961 , Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan Hak semua Pekerja Asing dan ahli keluarga 1990 .
• Beri lebih perhatian kepada wanita dan kanak-kanak sebagai sebahagian yang intergral dalam penyelesaian konflik di rantau ini.
• Mempraktik dan promosi nilai dan amalan urustadbir yang baik (good governance) yang memberi keutamaan kepada pembinaan budaya berintergriti, ketelusan, dan akauntabiliti dan menolak regim yang menindas dan korup.
• Mengambil langkah untuk mengalakkan kerjasama serantau , memberi rakyat pergerakkan antara sempadan yang lebih mudah dan pertukaran serta perkongsian budaya dan perdagangan dalam rangka mencapai pertuumbuhan serantau yang mapan ,
• Menentukan semua kumpulan bukan kerajaan memainkan peranan yang positif seperti media , agensi swasta dan masyarakat sivil untuk mengalakkan persefahaman , dan kerjasama dan bukan permusuhan dan konflik,
• Melaksanakan konsultasi antara anggota Negara ASEAN bagi merumuskan pendirian yang sama mengenai hal-hal pertahanan yang boleh memberi kesan kepada keselamatan kolektif di rantau ini,
• Mengujudkan suruhanjaya mencari kebenaran dan rekonsialisi nasional di Negara seperti Mynmar, Thailand, dan Filipina untuk membina semula keyakinan rakyat dan menegakkan keadilan untuk rakyat. Suruhanjaya ini perlu bagi merongkai pelbagai kes pelanggaran hak asasi manusia , dan menyemak semula semua kes-kes yang dikaitkan dengan dakwaan mengenai keselamatan nasional,
• Mengambil langkah ke arah perlaksanaan undang-undang Islam terutama undang-undang yang berkait dengan hak kaum Muslimin
• Menekankan pendekatan dialog dan perundingan secara aman dipelbagai peringkat untuk meleraikan konflik,
Mengenai nasib etnik Rohingya dan Mynmar keseluruhannya , kerajaan Mynmar dan ASEAN di gesa
• Memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada semua etnik Rohingya dan rakyat Mynmar berkait dengan hak kerakyatan yang sah sebagai warganegara Mynmar,
• Memberi hak dan kebebasan amalan beragama dan memdirikan serta membina semula serta menyelenggara semua masjid, kuil , gereja dan institusi agama,
• Memberi akses yang sama kepada komuniti Rohingya untuk mendapat pendidikan dan latihan vokesyenal,
• Menamatkan segala penculikan , pembunuhan tanpa bicara , penahanan arbitrari, intimidasi , ugutan , buruh paksaan dan pelbagai jenis gangguan (harassment)
• Melaksanankan hukuman keatas mereka yang melakukan mana-mana kesalahan di atas,
• Memberi kebebasan bergerak
• Kebebasan berkahwin dan menarik balik larangan berkahwin,
• Menamatkan pengusiran , pemusnahan tempat tinggal dan perampasan hartabenda
• Bahawa semua rakyat Mynmar semada yang menjadi pelarian dalam negeri atau yang berada di luar Negara sebagai pelarian , dibenarkan dan diterima untuk balik ke tanah air mereka dan dijamin keselamatan dan kehormatan mereka,
• Membuka ruang untuk kemasukan bantuan kemanusiaan di Myanmar oleh agensi PBB dan wakil-wakil NGO
• Melaksanakan pilihanraya yang bebas dan adil pada 2010
Berkait dengan konflik dan nasib kaum Muslim di Thailand Selatan dan Thailand secara keluruhannya , kerajaan Thailand dan ASEAN di gesa supaya
• Menamatkan Undang-undang Dharurat dan Undang-undang Tentera dan mana-mana undang-undang yang boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan pendakwaan yang tidak adil ke atas umat Muslim di Thailand Selatan dan warga di kawasan tersebut dijamin hak asasi manusia dilindungi mengikut Perlembagaan Thailand,
• Menghentikan penangkapan dan pelenyapan terpaksa , pembunuhan tanpa bicara , penahanan arbitrari, penderaan , extorsi dan gangguan termasuk gangguan seksual ,
• Menghukum mereka yang bertanggugjawab melakukan mana-mana kesalahan di atas,
• Menghentikan pendakwaan , kezaliman dan sistem yang menindas dan mendiskriminasi rakyat di Thailand Selatan,
• Melucutkan senjata semua paramiliteri atau tentera sivil sukarela di Yala, Narathiwat, Patani , Satun dan sebahagian daerah Songkla kerana kumpulan ini telah meningkatkan keganasan dan rasa curiga diantara masyarakat,
• Melaksanakan njakan paradigma dalam pentadbiran sosial,ekonomi dan politik di Thailand Selatan ke arah de-militarisasi dan kembali kepada pentadbiran sivil.
Berkaitan dengan nasib Bangsamoro di Mindanao dan kerajaan Filipina dan ASEAN digesa supaya :
• Menyelesaikan konflik di Mindanao melalui menangani punca asas (root cause) yang menyebabkan ketidakadilan, kependudukan tidak sah , pengusiran , penjajahan , kemiskinan dan kemunduran wilayah Bangsamoro,
• Hak Bangsamoro untuk menentukan nasib mereka sendiri dijadi asas penyelesaian dan entiti autonomi seperti yang dibenarkan oleh banyak perjanjian antarabangsa seperti UN Covenant on the Rights of Indigenous Peoples of 1994 digunapakai untuk mengembalikan hak mereka untuk menentukan pentadbiran wilayah mereka sendiri, ;
• Menyokong pendekatan perundingan secara aman untuk mencapai hak tersebut , termasuk menyokong implementasi penuh perjanjaian MNLF-GRP 1996 dan proses perundingan yang sedang diteruskan antara kerajaan Filipina dan MILF
• Bahawa ketidakadilan yang telah terjadi dalam bentuk rampasan hartanah dan penempatan penduduk asing di kawasan kaum peribumi diatasi dengan perjanjian yang menyeluruh dan berimbang – yang akan memberi keadilan kepada sejarah kezaliman masa lampau serta juga kepada keadaan masakini - berkaitan dengan hak Bangsamoro ke atas tanah adat dan tanah milik generasi terdahulu melalui konsultasi dan kesepakatan dengan semua yang berkepentingan,
• Bangsamoro berhak diberi kuasa kawalan keatas wilayah-wilayah mereka dari segi penggunaaan , pemuliharaan dan perlindungan sumber alam untuk kepentingan generasi masakini dan akan datang,
• Bangsamoro disokong dengan sistem pendidikan dan pelatihan yang efektif untuk semua lapisan ; muda dan dewasa dan mengalakkan warisan budaya,tradisi dan sejarah Bangsamoro yang perlu dipulihara,
• Menjamin kebebasan pergerakan dan kebebasan bersuara yang adil dan bertepatan dengan tradisi dan aspirasi Bangsamoro,
• Hak kelompok yang terdedah dengan penganiayaan seperti wanita, kanak-kanak ,golongan cacat dan orang tua hendaklah dilindungi , dipertahan dan diketengahkan sementara keganasan dan pelanggaran hak mereka dihukum semaksimanya menurut undang-undang ,
• Menegakkan sistem ekonomi dan pengurusan sumber kewangan yang berlandaskan inspirasi dan aspirasi warisan Bangsamoro,
Berkaitan dengan NGO , kami merumuskan untuk berperanan seperti berikut:
• Mengambil peranan untuk memimpin dan menyuburkan budaya saling memahami antara rakyat dan pemerintah serta organisasi antarabangsa mengenai konflik dan ancaman terhadap keamanan , keselamatan dan kemajuan rantau ini,
• Menangani perlangggaran hak asasi manusia , memberi pembelaaan kepada semua mangsa dan menuntut hak perlindungan undang-undang dan administrative untuk mereka,,
• Memperkasa masyarakat terpinggir untuk meningkatkan status sosio-ekonomi mereka,
• Berinteraksi dengan ASEAN dan Negara-negara anggota agar berhati-hati dan waspada dengan sebarang perhubungan militari dan hegemoni kuasa luar dan dengan bersungguh-sungguh menjadikan rantau ini zon aman , bebas , berkecuali dan bebas dari campur tangan kuasa luar,
• Mengujudkan jaringan yang kuat antara NGO di rantau ASEAN dan juga diseluruh dunia yang mempunyai visi yang sama dengan hasrat kami untuk mencapai matlamat kami menegakkan keadilan dan keamanan,
• Merangka plan bertindak melalui penubuhan sekretariat serantau untuk melaksana dan menyelaras aktiviti serta mengadakan penilaian dari masa kesemasa..
Mohd Azmi Abdul Hamid
Kordinator NADI dan Pengarah Persidangan NGO ASEAN
Bangkok, Thailand
Organisasi yang memperakui deklarasi ini:
1. Nusantara Initiatives for Justice and Peace
2. Citizens International, Malaysia
3. TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS,Malaysia)
4 Secretariat for the Ulama Assembly of ASIA ( SHURA)
5. Muslim Care Malaysia
6. International Islamic Strategic Studies
7. Muslim Youth Movement of Malaysia
8. Ulama Association Of Malaysia
9. Muhammadiyyah International
10. Ikatan Ilmuan Nasional, Malaysia
11. Muslimah Action Council Of Malaysia
12. Burmese Rohingya Association in Thailand (BRAT)
13. United Islamic Rohingya Organization for Development
14. International Students Network
15. Young Muslims Association of Thailand
16. Persatuan Ulama Kedah, Malaysia
17. Pusat Advokasi Hukum dan Hak Asasi Manusia (Paham), Indonesia
18. Centre for Indonesian Reform (CIR)
19. Yayasan Generasi Baru Nusantara
20. World Assembly of Muslim Youth (Thailand Office)
21. Thai Muslim Students' Association, TMSA.
22. Deep South Women's Network for Peace
23. Council of Muslim Organizations of Thailand
24. Students' Federation of Southern Thailand
25. Rohingya Human Rights Association in Thailand
26. Muslim Students' Federation of Thailand
27. Islamic Culture Foundation of Southern Thailand
28. As-Salam Institute, Yala Islamic University
29. Muslim Group for Peace (Thailand)
30. Yala Muslim Community Radio Network
31. Muslim Attorneys Centre, Thailand (MAC)
32. Thai Islamic Medical Association (TIMA)
33. Students Federation of Thailand
34. Students' Network for Protecting People
35. Pencerdasan Ummat, Malaysia (Wadah)
36. Muslim Patani Association
37. Aman News Network, Thailand
38. Muslims Association of Krabi, Thailand
39. Association of Research and Development for Consumer Protection (Thailand)
40. Halal Consumer Protection Association of Thailand (HACPA)
41. Muslimah Sisterhood of Indonesia (SALIMAH)
42. Cross Cultural Foundation
43. Islamic Centre of Thailand
44. Muslim Relations Association of Krabi
45. Peoples' Empowerment (Thailand)