Monday, August 22, 2011

Laporan Misi Bantuan Gaza 2 (RADIG 2)

REPORT NO. 004 RADIG 2 2011










Laporan : NIZAL MOHAMMAD dari Gaza




GAZA, Sabtu – Gerakan evakuasi para peserta misi Ramadhan Di Gaza kedua (RADIG 2) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pagi ini bermula.




Tindakan dibuat susulan serangan yang semakin meningkat keatas Gaza. Awal pagi jam 4.40 waktu tempatan bunyi dentuman kuat dapat didengari para peserta misi RADIG 2 yang sedang berkumpul selepas solat Subuh.



Kordinasi sedang dibuat dengan pihak kerajaan Gaza, kedutaan Malaysia di Mesir dan pihak berkuasa Mesir.



Walaupun keadaan belum dapat ditentukan untuk proses evakuasi benar-benar dapat dilaksanakan, para peserta misi RADIG 2 tetap didalam keadaan bersedia untuk bergerak pada bila-bila masa.



Mereka kini berkumpul dilobi untuk menantikan kenderaan yang akan membawa mereka kesempadan Rafah.



Sejak semalam serangan demi serangan dilakukan keatas Gaza. Sewaktu peserta misi RADIG 2 menunaikan solat Jumaat diMasjid Sheikh Abdullah Azzam di Zaitun, sebuah daerah diutara Gaza yang hamper diperbatasan sempadan Gaza – Israel, bunyi dentuman kedengaran beberapa kali.



Bagaimanapun, ini tidak langsung menjejaskan penduduk tempatan dan solat Jumaat serta urusan seharian berlangsung seperti biasa walaupun para peserta misi RADIG 2 umumnya berasa agak cemas.



Sebelum itu, peserta misi RADIG 2 telah dibawa kelokasi serangan udara Israel yang dilancarkan pada awal pagi sebelumnya. Bedilan menepati bangunan Perpustakaan Awam Gaza yang sedang dibina. Kesan bedilan itu bukan hanya menjejaskan struktur binaan bangunan tersebut malah turut merosakkan beberapa bangunan sekitarnya termasuk Masjid Sheikh Zayid Sultan An-Nahyan.



Tinjauan dari dekat mendapati, cermin tingkap dan pintu masjid pecah dan beberapa kipas disiling rosak teruk. Malah, terdapat juga beberapa serpihan bom dilantai masjid.
Pada sebelah petang, peserta misi RADIG 2 telah berkunjung keMasjid An-Nasr di Beit Hanoun yang terletak satu kilometer dari perbatasan Gaza-Israel. Masjid yang berusia lebih 500 tahun dibina semula atas sumbangan penuh seluruh lapisan rakyat Malaysia. Masjid berkenaan telah musnah akibat serangan tentera Israel beberapa tahun lalu.Penduduk tempatan turut menyambut ketibaan rombongan misi.




Mereka turut menyaksikan penyerahan dana sumbangan rakyat Malaysia oleh Setiausaha Agung MAPIM, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid, yang merupakan ketua misi RADIG 2.