Tuesday, November 11, 2008

Siri Pemahaman 1 : Senario Umat & Cabaran Semasa

Teks ucapan berikut adalah beberapa siri ringkasan terhadap 1 kertas kerja yang dilakukan oleh Presiden TERAS sewaktu membentangkan kertas kerja di Persidangan Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Islam 07 pada 27hb bertempat di Perdana Resort, PCB, Kelantan.

Pengenalan

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."
Ar.Raad: 11

ANALISIS KEADAAN UMAT YANG MENYELURUH

Disaat ini kita sedang menyaksikan sebuah tamadun yang pernah unggul dan gemilang, kini sedang dilanda awan mendung. Kemalapan umat Islam sangat terasa dalam hampir pelbagai aspek. Kelemahan ekonomi, perpecahan politik, kelunturan daya intelektual dan kekacauan akhlaq sudah menjadi wajah umat yang sangat meruncing. Jika dianalisis keadaan umat masa kini akan terdedah pelbagai punca yang mengakibatkan umat Islam berada dalam keadaan yang amat lemah.

Punca kepada kelemahan ekonomi dan pembangunan manusia di majoriti negara-negara Islam ialah ketiadaan pemerintahan demokratik berasaskan ajaran Islam. Tidak ada ruang dalam negara-negara ini untuk berkembang dan berfungsinya masyarakat sivil. Hak asasi manusia dinafikan, kebebasan bersuara dan berkumpul serta hak asasi disekat dengan keras.

Pilihanraya hanya tinggal amalan ritual untuk mengabsahkan kuasa pemimpin autoritarian. Penentang regim yang menindas telah dipaksa menghadapi tahanan tanpa bicara, dipenjara dan diseksa. Budaya takut dan patuh kepada pihak berkuasa telah ditanam melalui undang-undang yang menekan, pendidikan dan media massa.

Institusi awam yang autonomus tidak dibenarkan berkembang. Sistem kehakiman, keselamatandan tentera serta khidmat awam telah dijadikan alat untuk melindungi kepentingan segelintir golongan pemerintah dan penyokong-penyokongnya.

Setelah menjalankan bancian di dunia Arab, Laporan Pembangunan Manusia Negara Arab 2002 (AHDR), telah merumuskan “Terdapat kemunduran yang ketara antara negara-negara Arab dan kawasan yang lain dari segi pemerintahan partisipatif. Dalam banyak hal corak pemerintah berciri eksukutif yang sangat berkuasa yang menguasai bahagian-bahagian lain dalam negara, dalam kes-kes tertentu tidak disemak dan diimbangi secara institusional.

Demokrasi berasaskan sistem perwakilan tidak selalunya berjalan secara bersih dan kadangkala tidak wujud. Kebebasan bersuara dan berorganisasi seringkali disekat. Sistem kuasa mutlaq yang sudah lapuk masih terus diamalkan”. Rumusan dalam AHDR ini boleh juga diaplikasikan pada kebanyakan negara Islam yang lain.

Golongan Muslim Yang Diceroboh

Golongan Zionis telah menguasai Palestin secara haram sejak berdekad-dekad Jutaan Palestin, yang diusir oleh Zionis telah hilang tempat tinggal dan kebun mereka dan hidup sebagai pelarian dalam keadaan yang sangat sulit.

Setiap hari hak asasi manusia dilanggari, kanak-kanak yang membaling batu ditembak mati secara zalim, rumah dimusnahkan, hukuman secara beramai-ramai dipaksa ke atas orang awam, kebun dimusnahkan serta bekalan makanan dan ubatan dinafikan.

Israel dengan sokongan AS telah secara biadab menolak resolusi PBB yang mengecam pelanggaran hak asasi manusia dan memutuskan supaya ia patuh kepada undang-undang antarabangsa serta memberhentikan pencerobohan haramnya ke atas kawasan-kawasan yang dikuasainya dalam wilayah Palestin

Begitu juga tragedi kemanusiaan sedang berlaku di Chechnya, Kashmir, Afghanistan, Gujarat dan tempat-tempat lain. Pada 2003, AS secara haram menceroboh dan menguasai Iraq, sebuah Negara berdaulat yang menjadi anggota PBB. Pencerobohan itu telah mengakibatkan kekurangan bekalan makanan, ubatan dan keperluan asas. Lebih dari 100,000 rakyat Iraq telah mati sejak pencerobohan haram AS.

Di Thailand Selatan , iaitu wilayah kaum Muslimin, eskploitasi dan penindasan ke atas orang Islam berterusan tanpa henti. Ratusan orang awam hilang disebabkan oleh penangkapan dan pembunuhan oleh pihak keselamatan. Pada Oktober 2004, 78 orang telah ditahan ketika berdemonstrasi dan terbunuh ketika dalam tahanan pihak askar namun mereka yang bertanggungjawab tidak didakwa dan dihukum. Pembunuh Somchai Neelaphaijit sehingga hari ini masih belum dibawa ke pengadilan.

Di Mindanao, perjuangan pembebasan berdekad-dekad golongan Muslimin untuk mendapat hak memerintah sendiri masih belum tercapai untuk menuntut kebebasan dan kemerdekaan untuk rakyatnya. Disebabkan ketiadaan atau sangat sedikit pembangunan yang dapat diujudkan , terdapat kemiskinan yang sangat meruncing di Mindanao. Penindasan dan kemiskinan telah memaksa ribuan untuk lari meninggalkan kampong mereka dan mencari perlindungan di Sabah.

Minoriti Muslim


Pasca 9/11 yang mencetuskan “peperangan ke atas teroris” yang dilancarkan oleh Administrasi Bush telah menyebabkan berlakuya perlanggaran hak asasi manusia yang serius ke atas orang Islam dan memburukkan Islam sebagai sebuah agama yang dituduh mengajar keganasan.

Ribuan kaum Muslimin telah ditahan dibawah Akta Patriot AS secara sewenang-wenangnya tanpa bicara. Dalam banyak kes akses kepada peguam dan ahli keluarga dinafikan. Ramai yang dikenakan penyeksaan fizikal dan psikologikal.Badan-badan kebajikan yang menyumbang untuk Program bantuan kebajikan dan pendidikan di Palestin dan negara lain telah ditutup.

Penyeksaan, salahguna kuasa dan layanan yang buruk ke atas orang Islam yang ditahan di Guantanamo, Iraq, dan Afghanistan oleh tentera AS terus berjalan tanpa henti. Aktivis Muslim diculik oleh CIA, dibawa ke tempat yang tidak diketahui, diseksa dan dalam kes-kes tertentu dibunuh.

Mouin Rabbani, seorang editor penyumbang kepada Middle East Report yang berpejabat di Washington menerangkan : “Pada pengamatan saya, sementara prasangka kepada orang Muslim telah meningkat, permusuhan kepada Islam sebagai suatu agama juga meningkat dengan kadar yang sama….Kesan utama 9/11 adalah untuk menjadikan Islmophobia lebih merebak dan menjadikannya sebagai sikap arus perdana dan pandangan yang dihormati – ia telah melepaskan jin dari botolnya”.

Daripada bertindak untuk menyekat merebaknya Islamophobia ini, kerajaan AS telah melancarkan “misi suci”nya untuk menjalankan “reformasi ke atas Islam”. Baru-baru ini US News and World Report telah melaporkan “Dari pasukan operasi psikologi tentera dan operasi CIA untuk membiayai secara terbuka media dan badan-badan pemikir, Washington sedang menyalurkan jutaan dolar untuk suatu kempen bagi “membentuk semula” kefahaman bukan sahaja masyarakat Muslim tetapi ajaran Islam itu sendiri.”

Rakan-rakannya dalam projek untuk menjalankan gerakan subversif terhadap Islam ini ialah “golongan negara-negara Muslim yang “moderat”, yayasan-yayasan dan kumpulan-kumpulan yang membawa agenda “perubahan Islam”. Indonesia adalah salah satu sasaran untuk melancarkan projek subversif terhadap Islam. USAID (sebuah projek pembiaya AS) secara rahsia membiayai 30 organisasi Islam dalam Negara itu, termasuk badan dan pemikir yang menyebarkan faham “Islam liberal”.

Dengan segala masalah penafian hak asasi manusia yang dihadapi oleh jutaan umat Islam dan kezaliman serta penghinaan yang dialami mereka, malangnya tiada respon yang berkesan dari pemerintah-pemerintah Muslim dan OIC untuk menyelamatkan keadaan.

Sumber http://futuhatteras.blogspot.com

Monday, November 10, 2008

Tahniah : NGO-NGO Islam mulai prihatin akan nasib golongan minoriti

"Keprihatinan NGO-NGO Islam atas nasib Umat Islam di Mindanao meningkat".Pihak moderator Muslim Minoriti-CIMMA mengalu-alukan usaha murni ini. "Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi jurucakap :
1.CIMMA-Teras : Sdr Suhaire Hj Sulaiman (019-2998345)
2.Yayasan Amal Negeri Sembilan : Sdr Mohd Sufian Ibrahim (013-3589328)

Yayasan Amal akan lancar misi kemanusiaan ke Mindanao
Wan Nordin Wan Yaacob Tue Nov 11, 08 7:29:58 am MYT

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Hrkh) - Yayasan Amal Malaysia akan mengadakan misi kemanusiaan dan program korban di wilayah bergolak Mindanao, Filipina pada Hari Raya Aidiladha ini.


Ini berikutan keadaan umat Islam di Mindanao yang tertekan kerana tindakan ketenteraan yang dilakukan kerajaan pimpinan Gloria Macapagal Arroyo.

Pasukan peninjau Yayasan Aman yang baru pulang buat tinjauan mangsa perang di Mindanao mendapati keadaan mangsa amat teruk dan lebih 600,000 menjadi pelarian berikutan rumah mereka dibakar selain tanah dirampas.

Yayasan Amal memaklumkan bahawa bantuan di peringkat antarabangsa cukup minima malah bantuan NGO asing sangat minima.

"Yayasan Amal akan buat Program Korban dan Bantuan Perubatan semasa Hari Raya Haji ini. Lembu sebahagian RM 290 , kambing RM 320. Pakat bantu umat Islam Moro yang dianiaya,"kata jurucakap Yayasan Amal, Haji Husin.

Sementara itu, Yayasan Amal Negeri Sembilan pula akan turut melancarkan kutipan derma bantuan sempena program bantuan kemanusiaan di Mindanao.

Maklumat lanjut hubungi Pengerusi Yayasan Amal Negeri Sembilan, Sufian Ibrahim (013-3589328). - mks. _

Caught in The Middle

Facts : Moro's Fighting History
(MM by Kurais Abdullah Karim)


1.Spaniards from 1521 to 1898
2.Americans from 1898 to 1946
3.Filipnos from 1946 to date

The Moro's resistance as one of the longest and bloodiest in history

Fakta-Fakta : Mangsa Perang di Mindanao

5,ooo,ooo mangsa konflik di Mindanao dan angka ini masih meningkat kerana banyak lagi pekan dan kampung yang belum menerima bantuan.2003 tahun di mana gencatan senjata ditandatangani antara MILF dan tentera kerajaan.Pertempuran yang berlaku pada masa kini adalah yang paling dahsyat sejak itu.

16.5 juta ringgit diperlukan ICRC bagi menampung kos pemberian bantuan sehingga akhir tahun ini.Ini adalah tambahan kepada RM23.1 juta yang diperuntukkan tahun ini.

1,700 tan metrik beras disediakan oleh Program Makanan Dunia (WFO) untuk mangsa peperangan yang dilancarkan oleh tentera Filipina.
3.4 juta umat Islam di Mindanao dari jumlah penduduk seramai 16 juta.

2 konflik yang dihadapi Filipina - Menentang MILF dan Komunis di beberapa bahagian utara negara itu yang mengakibatkan 160,000 kematian dan 2 juta mangsa di kem sementara.


dipetik dari Milenia Muslim Nov 2008 Thn.7 Bil 75 susunan Asraf Dahari

Thursday, November 6, 2008

Sengsara Islam Mindanao mengharapkan bantuan segera negara jiran

Wan Nordin Wan Yaacob
Wed Nov 05, 08 11:06:15 am MYT


KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Nasib umat Islam Mindanao yang menjadi golongan minoriti di Filipina kini dalam keadaan yang amat menyedihkan berikutan tekanan dari kerajaan Filipina melalui tenteranya.

Umat Islam Mindanao sejak bertahun lama didiskriminasi oleh kerajaan Filipina pimpinan Gloria Macapagal Aroyyo hingga menyebabkan mereka menjadi pelarian di bumi sendiri.

Mutakhir ini selepas perundingan antara kerajaan dengan kumpulan pemisah Moro Islamic Liberation Front (MILF) gagal, keadaan mereka lebih parah.

Khemah-khemah pelarian yang menempatkan lebih 500,000 pelarian sangat memerlukan bantuan khususnya dari Malaysia sebagai jiran yang berdekatan.

Bantuan yang diperlukan bukan setakat bantuan kebendaan semata-mata (makanan, ubat-ubatan dan sebagainya), tetapi dari segi suntikan semangat bagi memulihkan trauma yang menimpa mereka selama ini.

Mengikut statistik terkini dari agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), lebih dari 500,000 orang umat Islam Mindanao menjadi pelarian atau "internally displaced people" disebabkan oleh pertempuran di antara tentera Filipina dan MILF.

Mereka ini tinggal di khemah-khemah, dewan-dewan sekolah dan di mana sahaja tempat yang boleh dijadikan berteduh dan perlindungan dari panas dan hujan.

Sebelum ini, Centre For Internationals Muslim Minority Affairs (CIMMA) yang telah melancarkan misi berupa tinjauan ke Mindanao, Filipina pada 19 Oktober lalu akan mengadakan misi berikutnya menjelang Hari Raya Aidiladha.
Jurucakap CIMMA, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, paling membimbangkan dalam bulan November ini, tentera pengaman Malaysia akan keluar dari Mindanao.

Menurut Azmi, pihaknya akan membuat tinjauan nasib uamt Islam di Mindanao yang didiskriminasi oleh kerajaan Filipina pimpinan Gloria Macapagal Aroyyo sejak bertahun lamanya.

Baginya, perjuangan masyarakat Islam di Mindanao untuk mendapatkan kebebasan wilayah Islam tidak pernah mendapat perhatian pertubuhan dunia terutamanya Persidangan Negara-negara Islam (OIC) ataupun Asean.

Malah isu kekejaman tentera Filipina ke atas umat Islam di Mindanao tidak mendapat pembelaan sewajarnya, katanya.

Justeru, belas simpati umat Islam di Malaysia amatlah dialu-alukan bagi menghulurkan bantuan kepada pelarian ini dalam meringankan kesengsaraan yang dihadapi mereka.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang mahu menyumbang bagi melancarkan misi ini bolehlah menghulurkan bantuan kepada akaun CIMB (07300002468528) Mohd Azmi Abdul Hamid atau MBB (155014995886) Suhaire Sulaiman. - mks._

Monday, November 3, 2008

Korban Untuk Kemanusiaan & Solidariti

KERJASAMA PROJEK KORBAN DI MINDANAO
- QURBAN FOR HUMANITY AND SOLIDARITY (QHS)


Anjuran Bersama

ACT MALAYSIA & CIMMA,TERAS PENGUPAYAAN MELAYU


Rayuan kepada orang ramai dan pihak Jawatankuasa Masjid dan Surau untuk bekerjasama dan berkongsi sumbangan korban di masjid atau surau untuk saudara se Islam yang sangat memerlukan di daerah konflik khususnya Mindanao, Filipina.

Atas dasar kemanusiaan dan solidariti ummah, ACT Malaysia dengan kerjasama CIMMA TERAS Pengupayaan Melayu untuk memikul amanah ini.


KEADAAN UMAT ISLAM MINDANAO MASAKINI

Bumi umat Islam di Mindanao (Selatan Filipina) terus menerus bergolak sejak tahun 1521 Masehi lagi. Penentangan umat Islam terhadap penindasan dan penjajahan Sepanyol, Amerika Syarikat dan seterusnya Filipina menyebabkan keadaan sentiasa tidak aman dan stabil.

Mengikut statistic terkini dari agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), lebih dari 500,000 orang umat Islam Mindanao menjadi pelarian atau internally displaced people disebabkan oleh pertempuran di antara tentera Filipina dan kumpulan pemisah Moro Islamic Liberation Front (MILF). Mereka ini tinggal di khemah-khemah, dewan-dewan sekolah dan di mana sahaja tempat yang boleh dijadikan berteduh dan perlindungan dari panas dan hujan.

Baru-baru ini keadaan cuaca tidak menentu dan pernah berlaku banjir yang menyebabkan banyak kem-kem pelarian terpaksa dipindahkan.Difahamkan banyak agensi-agensi kerajaan, PBB dan NGO-NGO yang menghulurkan bantuan, tetapi keperluan masih mendesak untuk bantuan dilakukan oleh kita. Apa yang menyedihkan dan mendukacitakan kita, hampir tiada NGO-NGO Islam dan umat Islam seluruh dunia yang memberi bantuan seperti di Palestin.


KENAPA KITA HARUS MEMBANTU UMAT ISLAM MINDANAO?

Umat Islam Mindanao sangat memerlukan bantuan kita khususnya dari Malaysia sebagai jiran yang berdekatan.Bantuan yang diperlukan bukan setakat bantuan kebendaan semata-mata (makanan, ubat-ubatan dan sebagainya), tetapi dari segi suntikan semangat bagi memulihkan trauma yang menimpa mereka selama ini.

Jika agensi-agensi dan Negara-Negara Bukan Islam sanggup membantu umat Islam di Mindanao atas dasar kemanusiaan, kenapa tidak kita? Dari segi fiqh awlawiyyat, bantuan untuk umat Islam di Mindanao adalah menjadi satu yang dharuri dan perlu disegerakan. Jika perkongsian korban ini dilakukan di sana, kesannya amat besar jika dibandingkan di tempat kita.Ayuh umat Islam di Malaysia, bersamalah kita menunaikan tanggungjawab ini.


Nama Program : Qurban For Humanity And Solidarity [QHS]
Kos : RM290 satu bahagian lembu @ seekor kambing
Sasaran : 200 ekor lembu @ 1,400 bahagian

Sila hubungi Sekretariat Penganjur

1.Dato’Hj Mustafa Kamal Mohd Zaini (014-9228905 ACT Malaysia)

2.Sdr Suhaire Hj Sulaiman (019-2998345 CIMMA Teras Pengupayaan Melayu)
MBB 1550 1499 5886

Sunday, November 2, 2008

Online di radio IKIM


Hari ini 3 Nov 2008 jam 3:00ptg

Temuramah berhubung Isu Umat Islam Mindanao bersama :


1.Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid

Presiden Teras Pengupayaan Melayu

2.Dato' Hj Mustafa Kamal Mohd Zaini

Presiden ACT Malaysia